{"id":1047,"date":"2026-06-30T17:06:37","date_gmt":"2026-06-30T09:06:37","guid":{"rendered":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/?p=1047"},"modified":"2026-06-30T17:06:37","modified_gmt":"2026-06-30T09:06:37","slug":"menulis-ketika-sedih-adakah-patut-atau-tidak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/menulis-ketika-sedih-adakah-patut-atau-tidak\/","title":{"rendered":"Menulis ketika sedih, adakah patut atau tidak?"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-1048 size-large\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-768x1024.jpg\" alt=\"\" width=\"625\" height=\"833\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-768x1024.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-225x300.jpg 225w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-624x832.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih.jpg 945w\" sizes=\"auto, (max-width: 625px) 100vw, 625px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ramai orang beranggapan bahawa jurnal atau diari hanya sesuai ditulis ketika hati sedang gembira dan tenang. Apabila bersedih, stres atau tiada mood, mereka memilih untuk menutup buku jurnal dan diari kerana merasakan tiada perkara baik yang boleh dicatat. Hakikatnya, saat kita sedang bersedih mungkin merupakan waktu yang paling kita perlukan untuk menulis. Kita mungkin boleh abaikan satu ke dua hari tidak menulis sebab sedih tapi masuk hari ketiga, cuba paksa diri untuk menulis. Mungkin ia mampu mengalih fokus kita ke arah lain.<\/p>\n<p>Menulis bukan sekadar mencatat apa yang berlaku pada hari tersebut. Ia juga merupakan ruang untuk meluahkan perasaan, menyusun fikiran, ubah fikiran negatid kepada positif, belajar sangka baik pada Allah dan memberi peluang kepada diri untuk memahami emosi yang sedang dialami. Kadangkala, hati terasa terlalu susah untuk meluah papda orang. Kita takut orang tidak faham atau tersalah faham. Pertama, jika sedih, cara terbaik adalah berdoa kepada-Nya agar diberikan kekuatan dan kelapangan hati. Kedua, cuba bawa fikiran yang sedih atau negatif ke arah yang positif, fikir perkara-perkara baik dan ceriakan diri. Mungkin ada boleh menonton drama\/filem, membaca buku, berjoging, riadah, tidur atau menulis (khas untuk yang mempunyai jurnal, diari ataupun memang suka menulis). Bila pen menyentuh kertas atau tangan menekan keyboard, sedikit demi sedikit beban itu menjadi lebih ringan. Kita mula meluahkan sesuatu yang terpendam perlahan-lahan untuk meredakan rasa hati yang berat.<\/p><div id=\"ekspr-2278010842\" class=\"ekspr-content_2 ekspr-entity-placement\"><a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\" aria-label=\"Green Grey Illustration Skincare Beauty Poster (57 x 43 cm)\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm.png\" alt=\"\"  srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm.png 3175w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-300x198.png 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-1024x677.png 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-768x507.png 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-1536x1015.png 1536w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-2048x1353.png 2048w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Green-Grey-Illustration-Skincare-Beauty-Poster-57-x-43-cm-624x412.png 624w\" sizes=\"(max-width: 3175px) 100vw, 3175px\" width=\"3130\" height=\"1819\"   \/><\/a><\/div>\n<h2>Mengapa menulis ketika sedih membantu?<\/h2>\n<h3>1. Meluahkan beban yang dipendam<\/h3>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kesedihan yang dipendam terlalu lama boleh membuatkan fikiran menjadi semakin berserabut. Dengan menulis, kita seolah-olah memindahkan sebahagian beban daripada hati ke atas kertas. Walaupun masalah belum selesai, sekurang-kurangnya kita tidak lagi menanggung semuanya seorang diri. Kita juga dalam masa menulis mencari-cari solusi bagi masalah yang dihadapi. Mana tahu, ketika menulis, Allah beri kita ilham.<\/p>\n<h3>2. Memahami punca sebenar emosi<\/h3>\n<p>Ada kalanya kita hanya tahu bahawa kita sedang sedih, tetapi tidak benar-benar memahami sebabnya (ada ketika mood perempuan memang swing lagi-lagi bila period nak datang). Apabila mula menulis, kita akan melihat semula apa yang berlaku, siapa yang terlibat dan apakah perkara yang benar-benar mengganggu fikiran. dan proses ini membantu kita mengenali diri dengan lebih baik, merancang masa depan dan belajar melepaskan perlahan-lahan (gembirakan diri kerana tidak berbaloi sedihkan diri pada orang yang suka melihat kita sedih\/sengsara).<\/p>\n<div id=\"attachment_1049\" style=\"width: 235px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1049\" class=\"wp-image-1049 size-medium\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2-225x300.jpg\" alt=\"\" width=\"225\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2-225x300.jpg 225w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2-768x1024.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2-1152x1536.jpg 1152w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2-624x832.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/menulis-billa-sedih-2.jpg 1322w\" sizes=\"auto, (max-width: 225px) 100vw, 225px\" \/><p id=\"caption-attachment-1049\" class=\"wp-caption-text\">Jika kita cuba bertenang, akan ada solusi bagi kesedihan atau masalah kita.<\/p><\/div>\n<h3>3. Mengurangkan tekanan<\/h3>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam bidang psikologi, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai <em>expressive writing<\/em>, iaitu menulis tentang pengalaman dan emosi secara jujur. Kajian oleh ahli psikologi, James W. Pennebaker, mendapati bahawa amalan ini boleh membantu seseorang mengurus tekanan, memproses pengalaman sukar dan meningkatkan kesejahteraan emosi apabila diamalkan secara konsisten. Bukan itu sahaja, menulis perkara-perkara yang diterima setiap hari membuat minda kita berfikir bahawa dalam pada menghadapi hari yang sukar, tetaplah ada banyak kebaikan yang Tuhan berikan untuk kita. Dia tak pernah biarkan kita. Dia hanya ingin menguji kita agar menjadi orang yang lebih baik, bermanfaat dan belajar dari pengalaman.<\/p>\n<h2>Tetapi, menulis juga perlu ada arah<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Walaupun menulis ketika sedih memberi manfaat, kita perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dalam pemikiran negatif yang berulang-ulang. Jika setiap hari kita hanya menulis bahawa hidup ini tidak bermakna tanpa cuba melihat jalan keluar atau harapan, kesedihan itu mungkin menjadi lebih mendalam. Kita terperuk dalam kepompong yang tidak sihat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebab itu, selepas meluahkan perasaan, cubalah akhiri tulisan dengan beberapa soalan yang membina seperti:<\/p>\n<ul data-spread=\"false\">\n<li>Apakah pengajaran yang boleh saya ambil daripada pengalaman ini?<\/li>\n<li>Apakah perkara kecil yang masih boleh saya syukuri hari ini?<\/li>\n<li>Apakah langkah kecil yang boleh saya lakukan esok untuk memperbaiki keadaan?<\/li>\n<li>Impian bagaimanakah yang saya mahukan?<\/li>\n<\/ul>\n<p>Soalan-soalan ini membantu kita melihat bahawa walaupun hari ini sukar, masih ada sinar harapan untuk hari esok. Ada satu pepatah Inggeris yang saya suka juga ingatkan diri bila sedih, &#8216;&#8221;<em>Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift\u2014that is why it is called the &#8216;present<\/em>&#8216;.&#8221;<\/p>\n<h2>Dari sudut Islam<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebagai seorang Muslim, kita diajar bahawa bersedih adalah fitrah manusia. Nabi s.a.w bersedih bila kehilangan orang yang Baginda sayang. Para sahabat juga bersedih bila Baginda wafat. Islam tidak melarang kita menangis atau meluahkan kesedihan. Namun, kita diajar supaya membawa segala rasa itu kepada Allah. Sandarkan rasa tidak gembira itu pada-Nya. Luah kepada-Nya. Minta bantuan Dia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Selepas menulis tentang apa yang dirasai, tutuplah jurnal atau diari kita dengan doa dan pengharapan. Jika tak diluahkan melalui mulut, bisikkanlah dalam hati. Contohnya:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><em>&#8220;Ya Allah, aku serahkan segala keresahan ini kepada-Mu. Berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk melalui ujian ini. Bukakan pintu-pintu kebaikan yang belum aku nampak.&#8221;<\/em><\/p>\n<p>Apabila doa digabungkan dengan penulisan, jurnal atau diari tadi bukan lagi sekadar tempat meluahkan emosi dan perasaan, tetapi menjadi ruang untuk menguatkan hubungan dengan Allah. Kita tahu yang Dia Maha Mendengar dan Mengetahui.<\/p>\n<h2>Jadikan kesedihan sebagai titik permulaan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tidak semua hari dalam hidup dipenuhi dengan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Ada hari yang menguji kesabaran, ada hari yang membuatkan kita kecewa dan ada hari yang terasa sangat berat. Namun, setiap hari pasti ada sesuatu yang boleh kita dipelajari, baiki dan syukuri.<\/p>\n<p>Jika hari ini kita sedang bersedih, jangan simpan semuanya di dalam hati. Ambillah sebuah buku dan mulakan dengan satu ayat yang paling jujur:<\/p>\n<p>&#8220;<em>Aku bersedih hari ini tetapi&#8230;<\/em>&#8221;<\/p>\n<p>Biarkan tulisan itu mengalir tanpa perlu terlalu memikirkan susunan ayat yang sempurna. Kita luah namun pada masa sama kita tetap syukuri akan nikmat lain yang Allah berikan. Kadangkala, proses penyembuhan dan penyelesaian masalah tidak bermula dengan jawapan yang besar. Ia bermula dengan kekuatan kita memegang sebatang pen, menulis di atas kertas dan keberanian untuk menulis apa yang terbuku di hati. Tulislah yang baik-baik, moga yang baik-baik juga Allah berikan kepada kita.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai orang beranggapan bahawa jurnal atau diari hanya sesuai ditulis ketika hati sedang gembira dan tenang. Apabila bersedih, stres atau tiada mood, mereka memilih untuk menutup buku jurnal dan diari&#8230; <a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/menulis-ketika-sedih-adakah-patut-atau-tidak\/\">Read more &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1048,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-1047","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jiwa-yang-bangkit"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1047","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1047"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1047\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1050,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1047\/revisions\/1050"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1048"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1047"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1047"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1047"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}