{"id":1112,"date":"2026-09-18T13:17:43","date_gmt":"2026-09-18T05:17:43","guid":{"rendered":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/?p=1112"},"modified":"2026-09-24T13:03:14","modified_gmt":"2026-09-24T05:03:14","slug":"7-sebab-wanita-35-tahun-ke-atas-sukar-tidur-dan-bagaimana-journaling-membantu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/7-sebab-wanita-35-tahun-ke-atas-sukar-tidur-dan-bagaimana-journaling-membantu\/","title":{"rendered":"7 Sebab Wanita 35 Tahun Ke Atas Sukar Tidur dan Bagaimana Journaling Membantu"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-1113 size-large\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-683x1024.jpg\" alt=\"\" width=\"625\" height=\"937\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-683x1024.jpg 683w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-200x300.jpg 200w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-768x1152.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-1024x1536.jpg 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-1365x2048.jpg 1365w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-624x936.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-scaled.jpg 1706w\" sizes=\"auto, (max-width: 625px) 100vw, 625px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>\u201cBadan saya sudah terlalu penat\u2026 tetapi kenapa saya masih tidak boleh tidur?\u201d<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini?<\/p><div id=\"ekspr-970822324\" class=\"ekspr-content_2 ekspr-entity-placement\"><a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\" aria-label=\"poster kelebihan jurnal (2)\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-scaled.png\" alt=\"\"  srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-scaled.png 2560w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-300x185.png 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-1024x631.png 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-768x474.png 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-1536x947.png 1536w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-2048x1263.png 2048w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-624x385.png 624w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" width=\"2560\" height=\"1579\"   \/><\/a><\/div>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Seharian menguruskan kerja, rumah, anak-anak dan pelbagai urusan lain. Menjelang malam, badan terasa begitu letih. Tetapi apabila kepala mula menyentuh bantal, fikiran pula tiba-tiba menjadi sangat aktif.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Teringat kerja yang belum selesai.<br \/>\nTerfikir tentang anak.<br \/>\nRisau tentang kewangan.<br \/>\nTerbayang perbualan yang berlaku pada siang tadi.<br \/>\nKemudian terfikir pula tentang apa yang perlu dilakukan esok.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Akhirnya, jam menunjukkan 12 malam\u2026 kemudian 1 pagi\u2026 tetapi mata masih belum benar-benar lena.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bagi wanita berusia 35 tahun ke atas, keadaan ini bukan sesuatu yang pelik. Perubahan dalam kehidupan, tekanan harian, perubahan hormon dan rutin tidur boleh memainkan peranan dalam kualiti tidur.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Salah satu perkara mudah yang boleh dicuba ialah <strong>journaling sebelum tidur<\/strong>.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Journaling bukan ubat untuk masalah tidur dan tidak menjamin seseorang terus lena. Tetapi bagi sesetengah individu, ia boleh menjadi satu cara untuk memperlahankan fikiran, memproses emosi dan menyediakan diri untuk berehat.<\/p>\n<p>Mari kita lihat tujuh sebab yang sering membuatkan wanita 35+ sukar tidur.<\/p>\n<h2>1. Fikiran Terlalu Banyak Berfikir<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cEsok nak buat apa?\u201d<br \/>\n\u201cDah bayar bil itu belum?\u201d<br \/>\n\u201cMacam mana dengan kerja tadi?\u201d<br \/>\n\u201cAnak aku okay ke?\u201d<br \/>\n\u201cKenapa dia cakap macam tu?\u201d<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Apabila lampu bilik dipadamkan, perkara yang tidak sempat difikirkan pada siang hari seolah-olah muncul satu demi satu.\u00a0Masalahnya bukan semestinya masalah besar. Kadangkala perkara kecil yang terkumpul sepanjang hari sudah cukup untuk membuatkan fikiran terus berjaga.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Journaling boleh menjadi ruang untuk mengeluarkan perkara-perkara tersebut daripada kepala dan meletakkannya di atas kertas. Sebelum tidur, tuliskan:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>\u201cApa yang sedang bermain dalam fikiran saya sekarang?\u201d<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tulis tanpa perlu menyusun ayat dengan cantik.<\/p>\n<p>Tujuannya bukan menghasilkan tulisan yang sempurna, tetapi memberi ruang kepada fikiran untuk berhenti seketika.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-1114 size-medium\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2-300x294.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"294\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2-300x294.jpg 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2-768x753.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2-624x611.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2-60x60.jpg 60w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/sukar-tidur-2.jpg 994w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<h2>2. Terlalu Banyak Tanggungjawab<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Selepas usia 35 tahun, kehidupan mungkin semakin penuh dengan tanggungjawab.\u00a0Kerjaya perlu dijaga. Anak-anak perlukan perhatian. Rumah perlu diuruskan. Hubungan perlu dipelihara. Ibu bapa pula mungkin semakin memerlukan perhatian.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam kesibukan menjaga semua orang, seorang wanita kadangkala terlupa bertanya:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>\u201cBagaimana keadaan aku sebenarnya?\u201d<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Apabila emosi dipendam terlalu lama, ia boleh terus bermain dalam fikiran pada waktu malam.\u00a0Journaling memberikan ruang yang selamat untuk bertanya soalan tersebut.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cAdakah aku penat?\u201d<br \/>\n\u201cApa yang sebenarnya membuatkan aku tertekan?\u201d<br \/>\n\u201cApa yang aku perlukan sekarang?\u201d<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kadangkala kita tidak memerlukan penyelesaian segera. Kita hanya memerlukan ruang untuk mengakui bahawa kita sedang penat.<\/p>\n<h2>3. Tekanan Kerja Dibawa Sampai Ke Bilik Tidur<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Telefon pintar menjadikan kerja seolah-olah tidak pernah benar-benar berakhir.\u00a0Mesej masuk pada waktu malam. E-mel masih belum dibalas. Tugasan esok sudah mula difikirkan.\u00a0Tubuh berada di rumah, tetapi fikiran masih berada di tempat kerja.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Salah satu cara untuk mewujudkan sempadan antara \u201cwaktu bekerja\u201d dan \u201cwaktu berehat\u201d ialah melakukan refleksi ringkas sebelum tidur.\u00a0Contohnya:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>Hari ini sudah selesai.<\/strong><br \/>\n<strong>Apa yang belum selesai boleh saya uruskan esok.<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kemudian tuliskan tiga perkara yang telah berjaya anda selesaikan hari ini.<\/p>\n<p>Ia membantu mengingatkan diri bahawa anda sebenarnya sudah melakukan banyak perkara, walaupun masih ada yang belum selesai. Bak kata penulis buku <em>Make Your Bed<\/em>, mulakan hari dengan satu tugas yang sudah selesai. Itu tanda anda sudah berjaya dalam tugasan tersendiri.<\/p>\n<h2>4. Emosi Yang Tidak Sempat Diproses<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kadangkala yang mengganggu tidur bukan kerja.\u00a0Tetapi perasaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Marah yang dipendam.<br \/>\nKecewa yang tidak diluahkan.<br \/>\nSedih yang disembunyikan.<br \/>\nRasa bersalah kerana merasakan diri tidak cukup baik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pada siang hari, kita mungkin terlalu sibuk untuk memikirkan semua itu.\u00a0Tetapi pada waktu malam, apabila suasana menjadi sunyi, emosi tersebut kembali muncul.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Journaling boleh menjadi salah satu cara untuk mengenal pasti dan menamakan emosi.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Cuba tulis:<br \/>\n<strong>\u201cHari ini saya rasa ______ kerana ______.\u201d<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tidak perlu menghakimi perasaan sendiri.\u00a0Menulis \u201cSaya kecewa\u201d tidak bermaksud kita seorang yang negatif.Menulis \u201cSaya marah\u201d tidak bermaksud kita seorang yang jahat.<\/p>\n<p>Emosi ialah sesuatu yang perlu dikenal pasti dan diproses, bukan sentiasa dipendam.<\/p>\n<h2>5. Terlalu Banyak Memikirkan Masa Depan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Wanita yang sudah melalui banyak pengalaman hidup mungkin semakin banyak perkara yang difikirkan tentang masa depan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kesihatan.<br \/>\nKewangan.<br \/>\nAnak-anak.<br \/>\nKerjaya.<br \/>\nPersaraan.<br \/>\nKeluarga.<br \/>\n\u201cCukupkah simpanan aku?\u201d<br \/>\n\u201cBagaimana kehidupan anak-anak nanti?\u201d<br \/>\n\u201cKalau sesuatu berlaku kepada aku?\u201d<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kebimbangan terhadap perkara yang belum berlaku boleh membuatkan fikiran sukar berehat.\u00a0Journaling tidak boleh menghapuskan ketidakpastian hidup.\u00a0Tetapi kita boleh membezakan antara <strong>perkara yang boleh dikawal<\/strong> dan <strong>perkara yang perlu kita serahkan<\/strong>.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tuliskan dua perkara:<br \/>\n<strong>Apa yang boleh saya lakukan esok?<\/strong><br \/>\n<strong>Apa yang perlu saya lepaskan malam ini?<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kemudian berhenti menulis.<\/p>\n<p>Tidak semua perkara perlu diselesaikan sebelum kita tidur.<\/p>\n<h2>6. Tidak Memberi Ruang Kepada Diri Sendiri Pada Siang Hari<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ini mungkin salah satu sebab yang paling tidak disedari.\u00a0<strong>Sepanjang hari kita memberi.<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Memberi masa.<br \/>\nMemberi tenaga.<br \/>\nMemberi perhatian.<br \/>\nMemberi kasih sayang.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tetapi <strong>bilakah kali terakhir kita memberikan beberapa minit kepada diri sendiri?<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Journaling boleh menjadi satu bentuk \u201cruang peribadi\u201d.\u00a0Hanya lima atau sepuluh minit.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tiada telefon.<br \/>\nTiada televisyen.<br \/>\nTiada sesiapa perlu dilayan.<br \/>\nHanya anda dan sehelai kertas.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Gunakan masa tersebut untuk bertanya:<br \/>\n<strong>\u201cApa yang saya perlukan malam ini?\u201d<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mungkin jawapannya ialah tidur.\u00a0Mungkin ketenangan.\u00a0Mungkin memaafkan diri sendiri.\u00a0Mungkin sekadar mengakui bahawa hari ini memang sukar.<\/p>\n<h2>7. Kita Terlupa Menghargai Perkara Kecil<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Apabila hari terasa berat, otak kita mudah tertumpu kepada perkara yang salah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Masalah yang belum selesai.<br \/>\nPerkara yang mengecewakan.<br \/>\nKesilapan yang dilakukan.<br \/>\nPerkara yang kita tidak miliki.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebab itu amalan kesyukuran sebelum tidur boleh menjadi satu ritual yang bermakna.\u00a0Sebelum menutup jurnal, tuliskan tiga perkara yang anda syukuri hari ini.\u00a0Tidak perlu sesuatu yang besar.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cTerima kasih Allah, hari ini saya masih dapat menikmati secawan kopi bersama suami.\u201d<br \/>\n\u201cTerima kasih kerana anak saya tersenyum kepada saya pagi tadi.\u201d<br \/>\n\u201cTerima kasih kerana hari ini saya masih diberi kesihatan untuk bekerja.\u201d<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kesyukuran tidak bermaksud kita menafikan masalah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kita masih boleh penat.<br \/>\nKita masih boleh sedih.<br \/>\nKita masih boleh menghadapi masalah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tetapi di tengah-tengah semua itu, kita belajar melihat bahawa masih ada nikmat yang hadir bersama kehidupan.<\/p>\n<h2>Jadi, Bagaimana Hendak Bermula?<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Jangan jadikan journaling satu lagi tugasan yang membebankan.\u00a0Mulakan dengan <strong>lima minit sahaja<\/strong>.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Letakkan jurnal di atas meja atau sebelah katil. Kurangkan penggunaan telefon sebelum tidur dan pilih satu masa yang sama setiap malam. Tulis. Jawab tiga soalan mudah:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>1. Apa yang berlaku hari ini?<\/strong><br \/>\n<strong>2. Apa yang saya rasa hari ini?<\/strong><br \/>\n<strong>3. Apa yang saya syukuri hari ini?<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Jika fikiran masih berserabut, tuliskan semuanya.\u00a0Jika tiada apa-apa hendak ditulis, tuliskan satu ayat sahaja.\u00a0Yang penting ialah konsistensi, bukan jumlah perkataan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-359 size-large\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511-1024x952.jpg\" alt=\"\" width=\"625\" height=\"581\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511-1024x952.jpg 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511-300x279.jpg 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511-768x714.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511-624x580.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/bagaimana-hendak-konsisten-menulis-e1763529788511.jpg 1373w\" sizes=\"auto, (max-width: 625px) 100vw, 625px\" \/><\/p>\n<h3>Journaling Bukan Tentang Menulis Dengan Cantik<\/h3>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ada wanita yang tidak mahu bermula kerana merasakan jurnal perlu dihias, tulisan perlu cantik atau setiap halaman perlu penuh.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tidak.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Jurnal bukan pertandingan.\u00a0Jurnal ialah tempat untuk menjadi jujur dengan diri sendiri.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ada hari tulisan kita kemas.<br \/>\nAda hari hanya beberapa patah perkataan.<br \/>\nAda hari penuh dengan kesyukuran.<br \/>\nAda hari penuh dengan air mata.<br \/>\nSemuanya tetap mempunyai tempat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dan mungkin suatu hari nanti, apabila kita membuka semula halaman lama, kita akan menyedari sesuatu:<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\"><strong>Kita pernah melalui hari-hari yang kita sangka tidak mampu kita lalui. Tetapi kita berjaya juga sampai ke hari ini.<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Itulah salah satu nilai journaling.\u00a0Ia bukan sekadar membantu kita melihat apa yang berlaku hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ia membantu kita melihat perjalanan diri sendiri.<\/p>\n<h3>Akhirnya, Beri Diri Anda Izin Untuk Berehat<\/h3>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kita sering mengajar anak-anak supaya berehat apabila penat.<br \/>\nKita mengingatkan pasangan supaya menjaga kesihatan.<br \/>\nKita memastikan orang yang kita sayang cukup makan, cukup tidur dan tidak terlalu bekerja.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tetapi kadangkala kita sendiri terlupa perkara yang paling mudah:<br \/>\n<strong>Kita juga manusia. Kita juga perlu berehat.<\/strong><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Jadi malam ini, sebelum meletakkan kepala di atas bantal, ambillah lima minit.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ambil jurnal.<br \/>\nTarik nafas perlahan-lahan.<br \/>\nTuliskan apa yang ingin dilepaskan.<br \/>\nTuliskan apa yang ingin disyukuri.<br \/>\nDan untuk perkara yang belum mampu diselesaikan hari ini, katakan kepada diri sendiri:<br \/>\n<strong>\u201cTidak mengapa. Esok masih ada.\u201d<\/strong><br \/>\nKemudian tutup jurnal.<br \/>\nTutup telefon.<br \/>\nTutup lampu.<br \/>\nDan izinkan diri sendiri berehat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kerana menjaga diri bukan bermaksud kita mementingkan diri.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kadangkala, ia adalah cara kita mengumpulkan kembali tenaga supaya esok kita mampu terus memberikan yang terbaik kepada orang yang kita sayangi.<\/p>\n<p><strong>Jika masalah tidur berlaku berterusan, sangat mengganggu kehidupan harian atau disertai gejala lain, journaling sahaja mungkin tidak mencukupi. Dapatkan nasihat doktor atau profesional kesihatan untuk mengenal pasti puncanya.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cBadan saya sudah terlalu penat\u2026 tetapi kenapa saya masih tidak boleh tidur?\u201d Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini? Seharian menguruskan kerja, rumah, anak-anak dan pelbagai urusan lain. Menjelang malam, badan&#8230; <a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/7-sebab-wanita-35-tahun-ke-atas-sukar-tidur-dan-bagaimana-journaling-membantu\/\">Read more &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1113,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-1112","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-journaling"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1112","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1112"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1116,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1112\/revisions\/1116"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1113"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}