{"id":1173,"date":"2026-11-11T16:10:41","date_gmt":"2026-11-11T08:10:41","guid":{"rendered":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/?p=1173"},"modified":"2026-11-11T16:10:41","modified_gmt":"2026-11-11T08:10:41","slug":"menulis-vs-pendam-mana-lebih-menyakitkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/menulis-vs-pendam-mana-lebih-menyakitkan\/","title":{"rendered":"Menulis vs Pendam \u2013 Mana Lebih Menyakitkan?"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-1174 size-large\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"625\" height=\"417\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-300x200.jpg 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-768x512.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-624x416.jpg 624w\" sizes=\"auto, (max-width: 625px) 100vw, 625px\" \/><\/p>\n<p data-pm-slice=\"1 1 []\">Pernah tak kita melalui satu hari yang sangat menyakitkan hati, tetapi memilih untuk berdiam diri? Mungkin kerana tidak mahu bergaduh, tidak mahu menyusahkan orang lain atau takut dianggap terlalu sensitif.\u00a0Kita simpan perasaan itu. Kita teruskan rutin seperti biasa. Masak, bekerja, menguruskan anak-anak, melayan pasangan dan menyelesaikan pelbagai tanggungjawab.\u00a0Tetapi jauh di sudut hati, ada sesuatu yang masih mengganggu fikiran.<\/p>\n<p>Persoalannya, sampai bila kita mahu menyimpan semua rasa dalam diri sendiri? Adakah lebih baik kita menulis apa yang dirasakan atau terus memendam perasaan yang akibatnya mungkin tak baik untuk jiwa?<\/p><div id=\"ekspr-81419925\" class=\"ekspr-content_2 ekspr-entity-placement\" role=\"region\" aria-label=\"Advertisements\"><a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\" aria-label=\"poster kelebihan jurnal (2)\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-scaled.png\" alt=\"\"  srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-scaled.png 2560w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-300x185.png 300w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-1024x631.png 1024w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-768x474.png 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-1536x947.png 1536w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-2048x1263.png 2048w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/poster-kelebihan-jurnal-2-624x385.png 624w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" width=\"2560\" height=\"1579\"   \/><\/a><\/div>\n<h2><span style=\"background-color: #ff9900; color: #ffffff;\"><strong>1. Mengapa Ada Orang Suka Menulis dan Ada yang Memilih untuk Memendam?<\/strong><\/span><\/h2>\n<p>Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan emosi. Ada yang mudah meluahkan perasaan melalui percakapan, ada yang lebih selesa menulis dan ada juga yang memilih untuk berdiam diri. Setiap individu caranya berbeza.<\/p>\n<p><strong>Mengapa sesetengah orang suka menulis bila dia rasa ada tak kena?<\/strong><\/p>\n<p>Antara sebabnya ialah:<\/p>\n<ul data-spread=\"false\">\n<li>Mereka lebih mudah menyusun fikiran apabila menulis berbanding bercakap.<\/li>\n<li>Menulis memberikan ruang peribadi untuk meluahkan perasaan tanpa takut dihakimi.<\/li>\n<li>Mereka mahu memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam diri.<\/li>\n<li>Mereka mahu menyimpan kenangan, pengalaman dan pengajaran hidup.<\/li>\n<li>Mereka menggunakan tulisan sebagai cara untuk membuat refleksi diri.<\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>Mengapa pula ada orang suka memendam perasaan dan lebih suka menyendiri?<\/strong><\/p>\n<p>Antaranya:<\/p>\n<ul data-spread=\"false\">\n<li>Takut menyakiti hati orang lain jika meluahkan perasaan.<\/li>\n<li>Tidak mahu dianggap lemah atau terlalu emosional.<\/li>\n<li>Pernah berkongsi masalah tetapi tidak mendapat respon yang baik.<\/li>\n<li>Tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan sendiri.<\/li>\n<li>Terbiasa dididik supaya bersabar dan tidak banyak mengadu.<\/li>\n<li>Merasakan masalah sendiri tidak cukup penting untuk diceritakan.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Kadangkala, orang yang suka memendam bukan tidak mahu meluahkan perasaan. Mereka cuma tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Dan selalunya langkah pertama ini memang sedikit berat kerana ada banyak kebimbangan akan datang yang turut sama mengganggu keputusan.<\/p>\n<h2 data-pm-slice=\"1 1 []\"><span style=\"background-color: #ff9900; color: #ffffff;\">2. Menulis vs Memendam \u2013 Mana Lebih Menyakitkan?<\/span><\/h2>\n<p>Sebenarnya, kedua-duanya tidak semestinya menyakitkan. Ada orang memerlukan masa untuk memproses sesuatu pengalaman sebelum bersedia berkongsi atau menulis tentangnya.\u00a0Namun, apabila kita terlalu lama memendam sesuatu yang mengganggu emosi tanpa sebarang ruang untuk memprosesnya, ia boleh menjadi satu beban.<\/p>\n<p>Contohnya, seorang wanita berasa kecil hati apabila kata-katanya tidak dihargai atau diperlekehkan oleh ahli keluarga sendiri. Dia memilih untuk diam kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan. Tetapi perkara itu terus bermain dalam fikirannya. Setiap kali teringat, dia berasa sedih dan kecewa.<\/p>\n<p>Jika dia cuba menulis, mungkin dia akan mula menyedari bahawa perkara yang paling menyakitkan bukan sekadar kata-kata tersebut, tetapi perasaan tidak dihargai dan diperlekehkan.<\/p>\n<p>Melalui tulisan, dia boleh mula bertanya kepada dirinya:<\/p>\n<ul data-spread=\"false\">\n<li>Mengapa perkara ini sangat menyakitkan hati aku?<\/li>\n<li>Apakah sebenarnya yang aku harapkan?<\/li>\n<li>Adakah aku perlu berbincang dengan orang yang aku tak puas hati?<\/li>\n<li>Apakah yang boleh aku lakukan untuk menjaga emosi sendiri?<\/li>\n<\/ul>\n<p>Menulis tidak semestinya menyelesaikan masalah, tetapi ia boleh membantu kita mengenal pasti perasaan dan melihat sesuatu keadaan dengan lebih jelas. Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan emosi sedih atau sakit hati di tempat kerja ke rumah. Jadinya, ia berlarutan.<\/p>\n<h2><span style=\"background-color: #ff9900; color: #ffffff;\">3. Bagaimana Mengatasi Perasaan yang Menyakitkan?<\/span><\/h2>\n<p>Jika selama ini kita terbiasa memendam, tidak perlu memaksa diri untuk berubah dalam sehari. Mulakan dengan langkah kecil. Realitinya, tiada orang mampu berubah dalam sehari namun, tekad untuk dia berubah dan konsisten memperbaiki diri itu yang perlu ada.<\/p>\n<p><strong>Pertama: Akui apa yang sedang dirasakan.<\/strong><\/p>\n<p>Jangan terlalu cepat mengatakan diri sendiri terlalu sensitif atau tidak sepatutnya bersedih.<\/p>\n<p>Cuba sebut kepada diri sendiri:<br \/>\n&#8220;Saya sebenarnya sedang kecewa.&#8221;<br \/>\n&#8220;Saya terasa hati dengan apa yang berlaku.&#8221;<br \/>\n&#8220;Saya perlukan sedikit masa untuk bertenang.&#8221;<\/p>\n<p>Mengakui perasaan bukan bermaksud kita membenarkan semua perkara berlaku. Ia bermaksud kita jujur dengan diri sendiri.<\/p>\n<p><strong>Kedua: Mulakan dengan satu ayat.<\/strong><\/p>\n<p>Jika tidak biasa menulis, jangan paksa diri menghasilkan satu halaman penuh.<\/p>\n<p>Mulakan dengan ayat mudah seperti:<br \/>\n&#8220;Hari ini saya berasa sedih kerana&#8230;&#8221;<br \/>\n&#8220;Sesuatu yang mengganggu fikiran saya ialah&#8230;&#8221;<br \/>\n&#8220;Saya berharap perkara ini tidak berlaku kerana&#8230;&#8221;<\/p>\n<p>Biarkan tulisan mengalir tanpa terlalu memikirkan tatabahasa atau susunan ayat.<\/p>\n<p><strong>Ketiga: Belajar membezakan perkara yang boleh dan tidak boleh dikawal.<\/strong><\/p>\n<p>Kita tidak boleh mengawal percakapan atau tindakan orang lain. Tetapi kita boleh memilih bagaimana mahu bertindak balas. Kadangkala, kita perlu berbincang, menetapkan batas dalam hubungan atau mendapatkan bantuan daripada seseorang yang dipercayai. Dan jika anda seorang Muslim, anda tahu anda ada Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Berdoalah pada-Nya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-1175 size-medium\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-298x300.jpg\" alt=\"\" width=\"298\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-298x300.jpg 298w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-1019x1024.jpg 1019w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-150x150.jpg 150w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-768x772.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-1528x1536.jpg 1528w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-624x627.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-180x180.jpg 180w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2-60x60.jpg 60w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-2.jpg 1943w\" sizes=\"auto, (max-width: 298px) 100vw, 298px\" \/><\/p>\n<p><strong>Keempat: Jangan paksa diri untuk terus bersyukur.<\/strong><\/p>\n<p>Ada masanya kita terlalu terluka sehingga sukar melihat perkara yang baik.\u00a0Tidak mengapa. Berikan ruang kepada kesedihan terlebih dahulu. Cuma jangan terlalu lama.<\/p>\n<p>Syukur bukan bermaksud kita perlu menyukai semua perkara yang berlaku. Kita masih boleh mengakui sesuatu pengalaman itu menyakitkan sambil menghargai perkara baik yang masih ada dalam kehidupan.<\/p>\n<h2 data-pm-slice=\"1 1 []\"><span style=\"color: #ffffff; background-color: #ff9900;\">4. Contoh Latihan Menulis untuk Mengurangkan Beban di Hati<\/span><\/h2>\n<p>Cuba lakukan latihan mudah ini selama lima minit.<\/p>\n<p>Bayangkan kita baru sahaja melalui satu pengalaman yang mengecewakan.\u00a0Ambil sehelai kertas dan bahagikan kepada tiga bahagian:<\/p>\n<p><strong>Bahagian 1: Apa yang berlaku?<\/strong><\/p>\n<p>Contoh: Saya berasa sedih apabila pendapat saya tidak didengari semasa perbincangan keluarga.<\/p>\n<p><strong>Bahagian 2: Apa yang saya rasa?<\/strong><\/p>\n<p>Contoh: Saya berasa tidak dihargai, kecewa dan sedikit marah.<\/p>\n<p><strong>Bahagian 3: Apa yang boleh saya lakukan selepas ini?<\/strong><\/p>\n<p>Contoh: Saya akan cuba berbincang apabila keadaan lebih tenang. Saya juga mahu belajar menerima bahawa tidak semua orang akan bersetuju dengan pandangan saya.<\/p>\n<p>Selepas selesai menulis, baca semula jika anda selesa. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan dan berikan sedikit ruang kepada diri sendiri.\u00a0Tidak perlu mencari jawapan untuk semua perkara pada hari itu.\u00a0Kadangkala, menyedari apa yang kita rasa sudah menjadi satu permulaan yang baik.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #ffffff; background-color: #ff9900;\">5. Belajar Melepaskan, Bukan Menyimpan Semuanya<\/span><\/h2>\n<p>Kita tidak perlu menjadi seorang yang sentiasa kuat. Kita juga tidak perlu memendam semua perkara semata-mata untuk menjaga hati orang lain.\u00a0Belajarlah memberikan ruang kepada diri sendiri.<\/p>\n<p>Jika sukar bercakap, cubalah menulis. Jika sukar menulis, mulakan dengan beberapa perkataan. Jika perasaan terlalu berat, carilah seseorang yang boleh dipercayai atau bantuan profesional.<\/p>\n<p>Menulis bukan pengganti rawatan kesihatan mental, tetapi ia boleh menjadi salah satu cara untuk membantu kita memahami dan mengenal emosi diri. Dan ini mungkin inilah sebabnya juga jurnal syukur boleh menjadi teman yang bermakna dalam kehidupan seharian. Pemangkin untuk menaikkan semangat dan bersangka baik pada Allah.<\/p>\n<p>Melalui <strong>Jurnal Syukur Pelengkap Kegembiraan<\/strong>, kita bukan sahaja belajar mencatat perkara yang disyukuri, tetapi juga menyediakan ruang untuk melihat semula pengalaman, perkara yang dipelajari dan nikmat kecil yang mungkin selama ini terlepas pandang.<\/p>\n<p>Ingatlah, kita tidak perlu menunggu sehingga hati benar-benar tenang untuk mula menulis.\u00a0Kadangkala, kita menulis kerana hati sedang rasa tidak tenang.\u00a0Dan tidak mengapa jika hari ini kita hanya mampu menulis satu ayat:<\/p>\n<p>&#8220;Ya Allah, hari ini hati saya sedikit berat. Semoga esok saya diberikan kekuatan untuk melalui hari baru.&#8221;<\/p>\n<p data-pm-slice=\"1 1 []\">Ada perkara yang kita tidak mampu ceritakan kepada orang lain.<br \/>\nAda rasa yang terlalu sukar untuk diluahkan.<br \/>\nTetapi mungkin kita boleh mulakan dengan menulis.<br \/>\nTidak perlu ayat yang indah. Tidak perlu tulisan yang sempurna.<br \/>\nCukup sekadar jujur dengan apa yang kita rasa.<\/p>\n<p>Jadikan Jurnal Syukur Pelengkap Kegembiraan sebagai teman untuk mencatat perkara yang disyukuri, pengalaman yang dipelajari dan kenangan kecil yang ingin kita hargai.<\/p>\n<p><strong>Kerana setiap hari, walaupun tidak sempurna, tetap ada sesuatu yang boleh kita syukuri. \ud83e\udd0d<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-1176 size-medium\" src=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-3-e1794384614909-276x300.jpg\" alt=\"\" width=\"276\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-3-e1794384614909-276x300.jpg 276w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-3-e1794384614909-768x833.jpg 768w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-3-e1794384614909-624x677.jpg 624w, https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/menulis-vs-pendam-3-e1794384614909.jpg 915w\" sizes=\"auto, (max-width: 276px) 100vw, 276px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah tak kita melalui satu hari yang sangat menyakitkan hati, tetapi memilih untuk berdiam diri? Mungkin kerana tidak mahu bergaduh, tidak mahu menyusahkan orang lain atau takut dianggap terlalu sensitif.\u00a0Kita&#8230; <a href=\"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/menulis-vs-pendam-mana-lebih-menyakitkan\/\">Read more &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1174,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-1173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jiwa-yang-bangkit"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1173"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1173\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1177,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1173\/revisions\/1177"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ekspresisyukur.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}