25 minuman membantu mengurangkan rasa stres

25 minuman membantu mengurangkan rasa stres ini sesuai untuk para wanita dewasa yang ingin merasa tenang secara semulajadi. Minuman ini adalah dari tumbuhan yang wujud sekeliling kita tanpa ada perasa tiruan. Senarai yang kami berikan ini kami pecahkan kepada tiga bahagian iaitu minuman herba, minuman hangat dan minuman bernutrisi. Hasil daripada pakar pemakanan, minuman alami ini membantu secara tidak langsung kelancaran darah dalam tubuh, mengurangkan keresahan dan beri ketenangan juga membantu menyihatkan organ-organ lain di dalam tubuh.

Gajala stres pada setiap orang adalah berbeza kerana hormon, faktor umur, faktor kesihatan dan lain-lain lagi. Berikut adalah antara tanda-tanda anda sedang menghidap stres:

  1. Ritma jantung meningkat
  2. Banyak termenung
  3. Pusing atau mual
  4. Sukar untuk tidur
  5. Rasa lemas
  6. Sukar untuk bernafas dengan normal
  7. Sering bersangka-sangka
  8. Sakit dada
  9. Sakit perut dan sembelit
  10. Rasa kurang kontrol pada diri
  11. Risau tidak bertempat
  12. Marah-marah
  13. Lebih banyak berdiam diri banding biasa

Di sini, kami bantu anda untuk release stress yang ada melalui minuman. Kenapa minuman? Ini kerana melalui minuman membantu melegakan tekanan kerana ia memberi kesan gabungan fizikal, kimia, dan psikologi kepada tubuh serta minda. Sesetengah minuman mengandungi nutrien seperti L-theanine, magnesium, vitamin B dan antioksidan yang mana nutrien ini mampu mengawal hormon stres (kortisol) dan merangsang hormon gembira (serotonin dan dopamin).

25 Minuman Mengurangkan Stres

Minuman Herba Penenang

  1. Teh chamomile – Membantu menenangkan sistem saraf dan juga mendapatkan tidur yang lena
  2. Teh lavender – Memberi aroma yang lembut apabila dihidu dan mampu membantu meredakan keresahan
  3. Teh pudina – Aromanya membantu dalam meredakan tekanan perasaan dan turut membantu dalam proses penghadaman
  4. Teh lemon balm – Membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi dan rasa gelisah dalam jiwa
  5. Teh bunga passionflower – Selalunya teh jenis bunga ini sesuai diminum oleh orang yang menghidap insomnia dan ada masalah kebimbangan (anxiety)
  6. Teh daun pegaga – teh jenis ini membantu dalam proses penyembuhan luka, merawat masalah kulit dan membantu mengurangkan keradangan. Ia juga bagus untuk melancarkan peredaran darah, meningkatkan fungsi otak dan memberi kesan awet muda
  7. Teh serai – Aroma bau serai membantu secara tidak langsung penghidunya berasa tenang. Bukan itu sahaja, ia turut memberikan rasa kesegaran dan membantu menenangkan kepala yang berserabut memikirkan masalah
  8. Teh bunga telang – Warna biru yang turun dari bunga telang yang direndam atau direbus mampu menghadiahkan rasa tenang. Bukan itu sahaja, bunga telang jika diambil setiap hari mampu membantu menjaga kesihatan mata, mengawal tekanan darah dan gula serta membantu mengurangkan masalah alergi.
  9. Teh halia + madu – Gabungan dua unsur ini mampu mengurangkan ketegangan otot, perut dan juga emosi.
  10. Air rebusan daun pudina + daun limau purut – Dua gabungan daun ini jika dibuat minuman mampu menerbitkan aroma tropika yang menyegarkan dan menenangkan lebih-lebih lagi bila menyicipnya sedikit demi sedikit.

Minuman Hangat Berasaskan Teh dan Kafein Ringan

  1. Teh hijau – Mengandungi L-Theanine yang membantu mereka yang ada masalah fokus dan membantu mengurangkan rasa cemas
  2. Matcha latte – Matcha memberikan tubuh badan tenaga yang diperlukan, membantu meningkatkan fokus, membantu mengurangkan stres, meningkatkan fungsi otak juga membantu hati agar lebih tenang
  3. Teh oolong – Teh jenis ini terkenal di negara Jepun juga Korea. Teh jenis ini sudah banyak diimport ke Malaysia. Teh ini kaya dengan antioksidan, membantu kesihatan jantung, menjaga sistem pencernaan juga membantu mengawal kadar gula dalam tubuh
  4. Teh putih – Teh jenis ini kadar kafeinnya adalah rendah namun mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Teh ini bagus untuk menstabilkan mood, mengurangi tekanan darah tinggi, menjaga sistem kekebalan tubuh dan merangsang fokus
  5. Kopi decaf (tanpa kafein) – Kopi jenis ini memberi keselesaan tanpa gangguan degupan jantung. Sesuai untuk orang yang disarankan doktor kurang meminum kopi seperti orang yang ada masalah vertigo

Minuman Bernutrisi dan Alternatifnya

  1. Susu panas dengan madu – Kombinasi klasik yang membantu orang yang mengalami masalah tidur. Minuman ini turut membantu untuk menenangkan saraf yang tegang
  2. Susu kunyit (golden milk) – Susu ini memiliki banyak manfaat pada peminumnya. Campuran susu, sedikit kunyit (kunyit hidup atau serbuk), kayu manis dan madu dikatakan bagus sebagai anti radang dan anti stres. Ia juga dikatakan membantu memperbaiki mood peminumnya
  3. Susu almond hangat – Minuman ini kaya dengan magnesium, rendah kalori dan vitamin E. Ia membantu menjadikan emosi lebih tenang dan sesuai untuk orang yang diet.
  4. Susu oat dan serbuk kayu manis – Kombinasi serat dari oat dan wangian kayu manis menghadiahkan rasa lembut dan menyamankan buat orang yang menikmatinya. Jika suka manis, letakkan sedikit madu
  5. Susu pisang dan kurma (dijadikan smoothie) – Kombinasi tiga bahan ini meningkatkan paras serotonin yang diperlukan badan untuk berehat dan membantu kecerdasan tubuh.

Minuman Sejuk dan Semulajadi

  1. Air kelapa muda – Air kelapa ini sangat bangus dalam merawat banyak penyakit dalaman kerana ia memiliki kadar elektronit semulajadi yang baik yang membantu orang yang keletihan emosi dan juga badan
  2. Jus ceri tart – Minuman ini jarang ada di Malaysia tapi ada sesetengah pasaraya ada menjualnya. Jus jenis ini bagus untuk membantu tidur yang lena dan mengurangkan stres fizikal
  3. Jus delima – Jus buah ini agak tinggu antioksidannya dan ia bagus untuk orang yang mempunyai masalah darah tinggi dan tekanan emosi. Anda boleh juga jadikan buah delima ini sebagai makanan tambahan dalam salad sayuran
  4. Jus aloe vera dan madu – Jus ini mampu menyegarkan mereka yang meminumnya. Bukan itu sahaja, ia turut menyejukkan badan yang panas dan membantu sistem penghadaman
  5. Air lemon suam dan daun pudina – Minuman popular ini sangat bagus untuk melegakan hati dan hari yang panas. Ianya bukan setakat menyegarkan tetapi juga membantu menenangkan sistem saraf.

Minuman membantu mengurangkan stres ini bukanlah ubat segera tetapi jika diamalkan secara konsisten ia membantu tubuh badan. minda juga emosi untuk kembali stabil secara semulajadi. Sesuai dijadikan sebahagian dari rutin self-care harian. Apa pun, bila kita stres dan cuba mengawal diri dari terus tertekan, cuba larikan fokus sebentar pada perkara yang menyegarkan, merehatkan dan mengasyikkan. Ia penting bagi ‘restart’ kembali tubuh badan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *