Ekspresi Syukur
Penghantaran percuma untuk belian lebih RM99
Malaysia
Ekspresi Syukur
Transformasi hidup tenang dan positif
πŸ›
Ekspresi Syukur
Jurnal Kesyukuran 90 Hari

Raikan perkara kecil. Hargai hidup setiap hari.

Pelengkap Kegembiraan membantu anda membina rutin syukur melalui catatan ringkas β€” kurang 10 minit sehari, pada bila-bila masa yang selesa.

βœ“Direka untuk konteks Malaysia βœ“Boleh mula bila-bila masa βœ“Hardcover & ribbon bookmark
Ekspresi Syukur β€” Pelengkap Kegembiraan
90 HariRutin kesyukuran
< 10 minitCatatan harian ringkas
A5 HardcoverKemas & mudah dibawa
Bahasa MelayuDekat dengan pembaca Malaysia
Mengapa menulis?

Satu ruang kecil untuk kembali menghargai yang ada.

Menulis jurnal syukur mengajak kita berhenti seketika daripada rutin yang laju dan merekod perkara baik yang kita terima. Tak perlu panjang β€” cukup jujur, ringkas dan konsisten.

✦

Lebih mindful

Mula perasan nikmat dan perkara baik yang sering terlepas pandang.

β™‘

Belajar menghargai

Catat momen, insan dan pengalaman yang memberi makna kepada hari anda.

☼

Bina perspektif positif

Alih fokus daripada kekurangan kepada perkara yang masih boleh disyukuri.

βœ“

Mudah untuk konsisten

Ruang menulis yang berpandu membantu anda bermula walaupun sibuk.

5 sebab kenapa kita fikir negatif β€” Ekspresi Syukur
Kata mereka

Pengalaman selepas menulis jurnal kesyukuran.

Perkongsian pengguna tentang perubahan yang mereka rasai selepas mula menulis jurnal kesyukuran.

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œWalaupun harian saya sentiasa sibuk dan tertekan, bila dizahirkan sekecil-kecil perkara, kebaikan, nikmat yang Allah masih pinjamkan, saya akan rasa... syukur. Terima kasih ya Allah.

Sebab Allah masih beri saya peluang untuk saya yang sering melakukan dosa ini, peluang demi peluang untuk mendekatkan diri kepada Dia. Dapat belajar syukur diberi peluang untuk mencari nafkah untuk menggembirakan anak-anak dengan kudrat sendiri.

Sentiasa berusaha untuk mencari peluang berbuat kebaikan meskipun kecil kerana saya tahu orang takkan nampak tapi Allah tetap melihat.

Jika sebelum ini saya buat sesuatu kerja, buat dalam keadaan mindless. Tapi bila sudah menulis jurnal kesyukuran, saya lebih mindful. Merasa nikmat untuk berbuat sesuatu sebagai ibadah instead of sekadar buat and feel nothing.”

Puan Atiqah
Puan AtiqahJururawat di sebuah hospital di Manjung, Perak.
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œPerasaan bila tulis jurnal ni:
1. Lebih positif
2. Hidup teratur
3. Always know what to do
4. Seronok
5. Boleh control setiap situasi
6. Sentiasa ada hala tuju, takderlah sampai rasa nak pengsan tahan emosi tertekan”

Gy Norziah
Gy NorziahYoutuber/Freelance writer, Duo Family
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œSaya bina habit baru bulan ni. Menulis jurnal kesyukuran. Meskipun sukar nak commit, tapi saya buat mana yang mampu. Contoh seperti satu hari ni, saya rasa penat dan marah. Jadi saya pilih untuk menulis jurnal kesyukuran. Dan akhirnya saya rasa lebih tenang. Ini cara saya untuk alih atau ubah rasa tak baik tu.”

Bibliomastura
Bibliomastura.Warga threads
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œSaya rasa lebih bersemangat bila membaca dan buat aktiviti dalam jurnal ni. Ia menyentuh hati saya. Ia juga seperti wake-up call untuk diri agar berubah ke arah yang positif.”

Anilza
AnilzaWarga threads
Keistimewaan menulis jurnal β€” Ekspresi Syukur
Kata mereka

Catatan kecil, pengalaman yang bermakna.

Antara perkongsian pengguna selepas menjadikan jurnal syukur sebahagian daripada rutin mereka.

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œSenarai pendek yang ditulis dalam buku dah jadi macam diari harian. Dapat kongsi benda-benda baik yang terjadi setiap hari dan bukan benda negatif. Rasa emosi lebih stabil dan tenang.”

Fara Karim
Fara KarimStaf IT Bahagian kewangan,
Sektor swasta
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œSelepas menulis jurnal kesyukuran, saya rasa ingin lebih lagi bersyukur dan cuba berfikiran lebih positif dalam ujian kehidupan yang dilalui.”

Puan Rozita
Puan RozitaGuru di sebuah sekolah di Selangor
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œAlhamdulillah I feel more thank you to Allah. Kadang-kadang kita rasa stress dengan apa yang kita ada, cemburu dengan kebahagiaan orang lain.”

Siti Hayati
Siti HayatiGuru Kanan Tingkatan Dua dari Brunei
Pengasas Ekspresi Syukur

Siapa Saya

Semua orang ingin sihat. Tiada siapa ingin sakit. Begitu juga saya. Saya pernah mengalami masalah kemurungan, depresi dan kebimbangan. Syukurnya, saya tetap utamakan Allah. Tekad saya, sesukar apapun masalah, solat perlu dijaga. Dari situ, saya berusaha mahu sihatkan kembali emosi dan fikiran.

Ia tak mudah. Ada cabarannya. Pada awalnya, saya tak tahu nak mulakan bagaimana. Tercari-cari cara yang sesuai. Alhamdulillah, Allah lorongkan saya dengan penulisan dan perniagaan buku. Saya menulis buku kanak-kanak. Selepas itu, muncul peluang berniaga buku pula. Rupanya, dari situ saya dapat membeli buku-buku motivasi yang bagus manakala suami membeli buku agama. Saya diperkenalkan dengan buku 300 hadis bimbingan, Riyadhus Salihin juga al-quran terjemahan. Saya jadikan al-quran, hadis sahih, kisah agama, travelog sebagai landasan untuk perbaiki diri. Buku seperti A simple act of gratitude, How to stop worrying and start living antara buku yang membantu saya tentang syukur, hargai orang sekeliling dan berhenti dari risau.

Meski saya berusaha mengamalkan apa dibaca, ujian tetap ada. Diuji dengan situasi tak dijangka, berjumpa dengan orang menjengkelkan, belum punya zuriat, ujian fizikal dan lain-lain. Dari situ, suka atau tidak, saya belajar bersabar dan mengawal tahap kerisauan yang muncul. Tak lama kemudian, saya ditakdirkan berjumpa dengan buku The gratitude journal, The beneficial means to a happy life dan podcast Oprah Winfrey tentang jurnal kesyukuran. Saya mencari sebuah buku kosong dan membuat seperti yang disarankan.

Saya menulis jurnal kesyukuran sendiri. Setiap malam atau pagi esoknya, saya akan mengambil masa 5-7 minit untuk menulis 3-5 perkara yang disyukuri, menulis pelajaran apa yang diperolehi juga harapan saya pada masa hadapan. Setelah mempraktikkannya lebih setahun, emosi saya lebih terkawal, berusaha menepis fikiran negatif, bersangka baik pada Allah, cuba menggembirakan orang lain juga berusaha menyibukkan diri pada perkara-perkara bermanfaat. Alhamdulillah, sekarang sudah tahun ke 6 saya menulis jurnal syukur ini.

Ingin KEMBALI HIDUP TENANG selepas bertahun sedih, depresi, cemburu dan bimbang?

Pelajari cara untuk memotivasikan diri, menenangkan diri dan bersangka baik. Pemikiran orang yang mahu berubah dan ingin sihat tidak sama dengan orang yang tidak mahu berubah. Dengan mengetahui dan memahami cara yang betul, anda akan dapati diri anda perlahan-lahan mula membawa masuk fikiran-fikiran positif dan sangka baik. Persepsi anda pada hidup juga berbeza. Untuk mengubah tabiat negatif, minimum diperlukan oleh manusia normal adalah 66 hari. Sepanjang 66 hari, cuba didik diri lakukan perkara baru yang ingin dicapai.

Ramai ingin bahagia dan gembira tapi sering merungut. BAGAIMANA MAHU UBAH?

Dengan menulis banyak perkara-perkara baik yang berlaku, fikiran kita disibukkan dengan perkara positif. Tak ada masa kita hendak tulis benda yang menyakitkan hati dan beri kesedihan. Kita mula belajar β€˜move forward’. Kita mula melihat banyak kebaikan diterima dan dinikmati dari orang sekeliling dan Tuhan. Ini antara prinsip yang dipegang oleh para ulama, agamawan, orang berjaya dan mereka yang bahagia. Mereka meraikan nikmat yang dirasai sekaligus β€˜membuang’ emosi negatif yang datang/mengganggu. Prinsip ini mampu mengubah pola pemikiran.

Tabiat yang ingin anda ubah bila mahu menulis jurnal syukur

  1. Anda ingin fokus atau membina emosi & fikiran positif dalam diri
  2. Anda ingin belajar bersyukur
  3. Ingin belajar menghargai apa sahaja yang dilakukan orang sekeliling
  4. Ingin ubah persepsi negatif kepada positif
  5. Ingin belajar bersangka baik kepada Allah (husnuzdon)
  6. Ingin sentiasa berterima kasih pada Allah dalam apa jua jatuh bangun yang dihadapi
  7. Ingin menjaga kesihatan mental, emosi dan psikologi diri
  8. Beri harapan pada diri bahawa setiap ujian negatif yang datang ada hikmahnya
  9. Ingin singkirkan rasa cemburu bila melihat kejayaan orang lain
Kata Mereka

Apa kata mereka selepas menulis perkara baik dalam jurnal syukur

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œSaya lebih berasa lapang hati bila dapat menulis perkara baik dan kata-kata positif yang ditulis dalam jurnal untuk mengingatkan diri dan menjadi pembakar semangat menghadapi hari esok.”

PH
Puan HasnahWanita berusia 60+
Usahawanita dari Jempol, Negeri Sembilan
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œBuku jurnal kesyukuran ni bagus sangat. Membantu dalam memuhasabah diri. Setiap malam dapat tulis apa yang disyukuri. Lepas seminggu dua dan belek balik jurnal tu, rasa insaf pun ada juga. Terus teringat surah ar-Rahman, β€˜Nikmat apa lagi yang nak kau dustakan’. MasyaAllah, rupanya banyak sangat nikmat Allah beri.

Kata-kata dalam jurnal ni juga ringkas tapi padat. Sesuai untuk orang yang kejar masa dan tak suka baca panjang-panjang.”

Puan FadlinaTerapis urutan saraf dan pembetulan tulang belakang Qun Elite.
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œPersonally, sebenarnya sukar untuk fikir positif bila dalam keadaan stres tapi dengan menulis sebenarnya ia mampu memberi sedikit kelegaan dalam jiwa dan pada emosi.

Untuk jurnal syukur ini, ianya mesra pengguna, kita boleh mula menulis bila-bila masa dan riben penanda membantu untuk cari mukasurat akhir penulisan.”

Roslinah
RoslinahSandakan, Sabah.
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

β€œAlhamdulillah jurnal ini memang terbaik dan tahniah kepada yang menerbitkannya. Hidup rasa lebih diberkati. InsyaAllah, moga kehidupan kita semua diberkati Allah. Amin...”

Puan Hariah
Puan HariahWanita berusia 62 tahun
Pesara sektor swasta dari Perak
Pilih pakej anda

Mulakan perjalanan syukur.

Tiga pilihan set dengan goodies berbeza. Harga di bawah mengikuti promosi semasa yang dinyatakan di laman Ekspresi Syukur.

Permulaan
Pelengkap
Kegembiraan
Starter Set

Pakej Pelengkap Permulaan

RM29.90 harga semasa
Disambungkan ke WooCommerce
  • 1 Jurnal Pelengkap Kegembiraan
  • 2 pen + sticker quote
  • Batu positif
  • 6 journaling goodies percuma
Lihat Pakej
Ketenangan
Pelengkap
Kegembiraan
Calm Set

Pakej Pelengkap Ketenangan

RM39.90 harga semasa
Disambungkan ke WooCommerce
  • 1 jurnal + 2 pen + sticker
  • Batu positif + belon senyum
  • 2 paket teh serai
  • 6 journaling goodies percuma
Lihat Pakej

Live WooCommerce: gambar, nama, harga dan status stok pakej di atas diselaraskan automatik daripada katalog WooCommerce.

β€œBila kita mula menulis perkara baik, perlahan-lahan kita belajar melihat hidup daripada sudut yang berbeza.”
β€” Ekspresi Syukur
Tentang kami

Terhasil daripada pengalaman belajar mengurus rasa dan bersyukur.

Ekspresi Syukur lahir daripada perjalanan pengasas yang menggunakan pembacaan, penulisan dan jurnal kesyukuran sebagai sebahagian daripada usaha membina perspektif hidup yang lebih baik.

Pelengkap Kegembiraan direka supaya aktiviti menjurnal terasa mudah dan dekat dengan pembaca Malaysia β€” dengan ruang catatan, doa, mutiara kata dan aktiviti yang membantu anda terus menulis.

Baca Kisah Kami
Artikel & Inspirasi

Ruang untuk membaca, belajar dan menjurnal.

Pilihan artikel daripada blog Ekspresi Syukur untuk membantu anda membina rutin menulis yang lebih tenang, jujur dan bermakna.

Lihat Semua Artikel
FAQ

Soalan yang biasa ditanya.

Perlukan bantuan lanjut? Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel.

Ya. Jurnal ini direka dengan ruang dan panduan ringkas supaya mereka yang baru hendak bermula boleh menulis sedikit demi sedikit.

Tak perlu lama. Catatan syukur boleh dibuat sekitar 5–10 minit, bergantung pada keselesaan anda.

Tidak. Anda boleh mula bila-bila masa kerana jurnal tidak menetapkan tarikh spesifik untuk bermula.

Penghantaran percuma terpakai untuk belian yang memenuhi syarat promosi semasa. Semak jumlah akhir ketika checkout.

WhatsApp +60 13-678 6571 atau emel alfisyah@ekspresisyukur.com.

Chat WhatsApp WhatsApp