Semua orang pernah hadapi ujian jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun lagi. Cuma bagaimana untuk bangkit dari jatuh yang banyak kali itu memerlukan kekuatan, semangat, doa dan perasaan tidak mudah putus asa. Saya sendiri akui, berpuluh kali hadapi kejatuhan dalam sesuatu perkara sampai ada ketika saya jadi fobia. Tapi jatuhnya saya itu mengingatkan saya bahawa ‘aku tak boleh selamanya jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku ada Allah. Apa nak jawab depan Allah nanti. Apa saham akhirat aku nak bawa?’, itu antara monolog saya dalam hati untuk kuatkan semangat. Antara monolog lain yang bantu saya adalah ‘Ya Allah, tolong aku. Bantu aku. Tenangkan hatiku. Bimbing aku’. Monolog-monolog ini adalah antara kata-kata afirmasi buat diri sendiri agar dapat kuatkan semangat semula dan jangan sekali-kali larut dalam kesedihan atau kemarahan berpanjangan.

Jika anda seperti saya, sering berhadapan dengan jatuh bangun yang berkali-kali dalam hidup dan ada waktu memang stres, anda cuba mana-mana 30 tip ini yang sesuai pada situasi dan semangat anda. Moga kita sama-sama dapat bangkit dari rasa yang menekan dan kita bangkit kerana untuk dapat redha Allah.

  1. Terima keadaan
  2. Belajar dari kesilapan
  3. Bersabar
  4. Tetapkan niat yang baru
  5. Bersyukur dengan perkara kecil
  6. Dekatkan diri dengan Allah
  7. Lepaskan beban emosi melalui penulisan
  8. Buat perancangan kecil
  9. Pilih persekitaran positif
  10. Luahkan pada orang yang dipercayai
  11. Amalkan gaya hidup sihat
  12. Cari kisah inspirasi membangkitkan semangat
  13. Jaga kesihatan rohani
  14. Berhenti membandingkan diri
  15. Berfikiran positif dan banyak sangka baik
  16. Kawal emosi marah dan kecewa
  17. Belajar berkata ‘tidak’
  18. Cari hobi atau minat baru
  19. Kembali pada tujuan hidup
  20. Tulis matlamat jangka panjang dan pendek
  21. Bersedekah
  22. Beri peluang kepada diri sendiri
  23. Bangun dengan doa di awal pagi
  24. Jangan terburu-buru
  25. Amalkan afirmasi positif pada diri sendiri
  26. Terima yang lukan memerlukan masa untuk sembuh
  27. Percaya bahawa rezeki Allah adalah luas
  28. Fokus kepada apa yang boleh dikawal
  29. Senyum walaupun rasa sukar
  30. Yakin yang masa depan lebih baik menanti kita

Kejatuhan bukanlah noktah, tetapi sebahagian daripada perjalanan yang mendewasakan jiwa. Setiap luka ada hikmah di sebalik parut yang ditinggalkan, setiap kegagalan membuka ruang untuk peluang baru. Kita mungkin lihat kesedihan pada waktu itu tapi bila dipandang dari sudut lain setelah beberapa hari, sebenarnya ada hikmah yang baru kita ketahui yang Allah tunjukkan pada kita.