Kelah Buku 2026, Jurnal Diri antara tanda aras rakyat Malaysia semakin minat menjurnal

Acara Kelah Buku 2026 telah berlangsung pada 10 Januari 2026 bertempat di Taman Botani, Putrajaya. Acara ini telah masuk tahun kedua dianjurkan. Alhamdulillah, kali ni, saya dapat join dengan suami. Tahun lepas tak dapat join sebab mama diuji dengan sakit dan dimasukkan ke wad hampir 10 hari. Dan inipun, saya baru tahu tentang Kelah Buku diadakan lagi dalam 5 hari sebelum tarikh berlangsung. Saya terjumpa  di Instagram Nilamtang. Terus saya godek poster yang diwar-warkan. Tiba-tiba nampak perkataan tema Kelah Buku tahun ni adalah ‘Jurnal Diri’.

Nampak aje perkataan jurnal tu, terus saya excited. ‘Weh!! Ni part aku suka ni…’ Hati dan melantun-lantun happy tapi apapun kena tanya suami. Kot dia ada aktiviti haritu ke atau kalau ok, ada tak orang nak tolong tengokkan mak kejap di rumah. Once dia kata ok, dan kakak dia yang dok balik hujung minggu kata orait, saya pun bertambah teruja. Syukur, ada orang boleh bagi ruang untuk saya keluar kerja kejap.

Poster ni yang buat saya bertambah teruja. Dan lagi teruja, bila nampak perkataan Pertandingan Jurnal tu…

Bila saya jumpa poster ni dan nampak pertandingan jurnal tu, terus saya ke FB penganjur. Nak tengok syarat-syaratnya. Sebaik aje mereka soh mendaftar, terus saya daftar untuk slot waktu pagi. Khamis pagi, dua hari sebelum event, tengah dok hadap jap rancangan Culinary Class War, tetiba terdetik dalam hati, ‘Chef ni semua profesional. Semua hebat tapi still mereka berlatih untuk jadi yang terbaik dalam pertandingan ni dengan masa yang ditetapkan dapat hidangkan makanan yang sedap dan kena dengan tekak juri. Kalau mereka berlatih berhari-hari, takkan aku yang biasa-biasa ni tak nak berlatih’. Selesai aje sarapan, masuk bilik dan saya godek-godek reels IG dan TT. Cuba cari ilham. Sketch le lebih kurang apa yang ada dalam fikiran dan terus keluar rumah cari daun or bunga yang boleh digunakan untuk pertandingan jurnal tu. Dekat 5 jam juga le saya cuba design helaian kosong untuk ikut tema dan syarat penganjur. Alhamdulillah, oklah journaling saya dengan segala kertas, washi tape, pen, gam dan sticker.

Dan entah macam mana Jumaat, lepas settle urusan dekat kedai komputer, terus saya ke AEON dekat rumah. Cari barang dapur plus, gula-gula sikit. Teringin nak buat goodies bagi kat orang. Alhamdulillah, tak banyak saya buat tapi oklah untuk orang yang menerima (hopefully).

Sedikit tanda menghargai pada orang yang dijumpai di Kelah Buku.

Pagi hari Acara Kelah Buku, kami sampai dalam jam 8.40. Mak ai!! Dah berderet kereta nak masuk kawasan parking. Masa nak masuk tu, nampak banyak juga kereta keluar. Sampai kat dalam, rupanya parking penuh. Acaner ni?? Suami buat satu pusingan area kawasan tu, still takde tempat parking kosong. Sudahnya kami terpaksa parking jauh. Parking area Wetland Putrajaya. Dah parking situ, korang bayangkan kami gigih berjalan dekat 3km nak sampai ke tempat acara. Berpeluh jugalah kami berdua. Bila sampai aje tapak acara, pelan-pelan kami cari tapak nak letak barang, tikar dan kerusi healing. Alhamdulillah, dapat jumpa port bawah pokok tak berapa jauh dari tempat pertandingan mewarna dan khemah makanan.

Kami lepak sini sampai akhir. Alhamdulillah, cuaca redup, angin sepoi-sepoi bahasa dan apa yang berlaku di kawasan tempat perasmian, kami dapat dengar.

Settle urusan letak barang dan rehat kejap, terus saya inform suami nak cari tempat urusetia dan survey kawasan jap. Dia kata, “Pergi ajelah,” sambil keluarkan komik silatnya dan duduk kat kerusi healing yang dibawa. Permission dah dapat, terus saya merayap kawasan depan dan cari staf yang handle untuk pertandingan haritu. Dah dapat info, terus saya berjalan ke kawasan khemah-khemah penerbit buku dan peniaga lain. Melihat aktiviti yang berlangsung. Sebenarnya banyak yang saya lihat, jadinya saya kongsikan aje terus gambar suasana Kelah Buku dengan captionnya ya.

Suasana sebelum perasmian bermula. Beberapa khemah didirikan, dan dihujung sana kelihatan khemah penerbit semakin banyak menerima pengunjung.

Ada khemah penerbit yang baru nak set-up juga. Mereka terlambat mungkin sebab cari parking juga tadi agaknya.

Tikar dan kerusi healing untuk perasmian juga baru sahaja diletak. Beberapa tikar turut disediakan oleh penganjur untuk pengunjung duduk.

Hampir jam 10, suasana semakin meriah. Walaupun matahari sedikit garang, tapi keadaan tak terlalu panas. Pengunjung kelihatan ok aje.

Tikar yang disediakan oleh Karangkraf kelihatannya meriah bila ada penulis novel yang suka journaling ada di situ. Rupanya mereka ada pertandingan tersendiri untuk journaling.

Suasana keadaan Kelah Buku awal pagi dari sudut pandang atas.

Tengah jenjalan, terperasan adik sorang ni sedang berjurnal. Lihatlah koleksi private dia yang ada 3-4 kotak tu. Saya pun takde set journaling sebanyak itu. Yang pasti, korang letak ajelah peminat jurnal, art dan buku di mana sahaja, mereka tahu nak hidupkan suasana diri.

Bila lagu Negaraku berkumandangan, automatik semua rakyat Malaysia yang ada di situ berdiri tegak. Tanda menghormati dan menghargai negara kita yang tercinta.

Selesai aje nyanyian lagu Negaraku, anak-anak kecil kat tengah tu dah start berlari-lari riang balik. Mereka yang bersarapan pun sambung kembali suapan. Sis kat tikar Prolog pun sambil kembali aktiviti mereka.

Acara perasmian telah bermula. Masing-masing mendengar apa yang disampaikan. Ada juga yang terus menjurnal sambil memasang telinga.

Banyak penerbit datang buka booth hari ni. Bukan setakat buka booth, ada yang siap design tikat khas sempena Kelah Buku (mereka ada pertandingan tikar tercantik rupanya).

Seronok tengok adik-adik ni menjurnal. Ada yang baru join terus happy main sticker, gam dan kertas kat situ. Bila tengok helaian jurnal mereka buat, lawa…

To lovely novelis Idora yang suka journaling, saya hadiahkan satu jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan kepadanya. Hopefully dia suka dan dapat manfaatnya bila menulis jurnal kami.

Yang suka buku, haruslah dapatkan buku-buku pada harga rendah dengan penerbit di sini. Rugi kalau tak grab buku best masa ni.

Meriahkan suasananya. Kelihatan semua sibuk dengan aktiviti masing-masing. Menjurnal dan membaca mampu meralitkan diri peminatnya yang tersendiri.

Khemah-khemah kecil yang menjual makanan pun tak kalah rasanya. Geram aje tengok cookies gemok tu. Saya cakap dengan adik penjual, “Rezeki awak harini. Suami saya ada. Jap lagi mesti dia beli cookies awak sebab kami dah lama tak masak cookies. Oven rosak.”

Yeah… Dah jumpa booth yang saya cari nak jumpa dengan penulisnya. Exactly, bertahun saya silent reader baca blog Nilamtang dulu. Entah macam mana, terjumpa kat IG lately. Tu yang saya teruja nak jumpa dia.

Sis Nilamtang kami hadiahkan juga senaskhah Pelengkap Kegembiraan untuk dia. Moga dapat beri kegembiraan selalu kepada dia bila menulis jurnal terbitan kami.

Rezeki Allah. Dapat berkenalan dengan wanita pencinta buku ini. Yang bertopi, Puan Fauziah Abdul Hamid, penulis buku ‘Di Bawah Kubah Biru Uzbekistan’ dan yang bertudung hijau turqoise, Puan Irni, penterjemah buku yang banyak buku-buku Biblio diterjemahkan olehnya.

Untuk pengunjung yang baru nak cuba journaling, ada banyak buku, sticker, pen, washi tape, kertas turut dijual di sini terutama di booth Grid Grad

Tercapai juga niat asal saya nak masuk pertandingan jurnal. Dek kerana terlepas skit waktu masa yang ditetapkan penganjur (ingatkan ada announcement dibuat), gigih saya mengoyak, menggam dan decorate kertas jurnal saya. Nasib encik suami membantu bab menggunting semua. Hehehe…

Ginilah kesudahannya. Kita buat mana yang sempat… Dah alang-alang amik gambar tu, kita amik sekali dengan jurnal kesyukuran kita 🙂

Syukur… Saya menang pertandingan jurnal tu. Dapatlah buku Tun M yang harga seratus tu dan buku-buku lain serta set journaling. Terima kasih penganjur…

Oh ya, untuk anda yang teringin nak menjurnal tapi tak tahu nak mula bagaimana, buat apa yang anda suka untuk bukukan jadi memori. Jika anda suka memasak, boleh aje buat jurnal masakan, Jika anda suka pokok dan tumbuh-tumbuhan, boleh buat jurnal berkaitannya. Jika anda suka koleksi kertas dan apa sahaja yang menarik aktiviti pada hari-hari tertentu, boleh aje buat junk jurnal. Jika anda seorang yang suka mengembara, buat aje travelog jurnal. Dan jika anda berusaha untuk belajar tenangkan diri, bersyukur selalu dan menghargai apa sahaja yang berlaku dalam hidup dan buang rasa dengki, anda boleh cuba jurnal kesyukuran. Jika nak tulis perkara baik tapi tak pasti nak buat macam mana, nak mula bagaimana dan tak tahu apa kelebihannya, boleh dapatkan Pelengkap Kegembiraan, jurnal kesyukuran terbitan kami di web EkspresiSyukur. Dari awal buku, kami ceritakan akan kelebihan bersyukur, menulis dan kami kongsikan juga doa serta mutiara kata untuk panduan anda mengharungi hidup.

Jika anda nak tahu tentang lebih lanjut lagi tentang bersyukur, menghargai, berterima kasih, buku yang bagus dan mutiara kata yang positif, layari aje blog Ekspresisyukur ni. Ada banyak perkara berkaitan kami kongsikan.

Kelah Buku dengan tema Jurnal Diri ini bukan setakat berkelah sahaja tetapi ia lebih dari itu. Ada banyak manfaat orang boleh dapat darinya. Contohnya saya. Saya dapat kawan baru, dapat hadiahkan jurnal kesyukuran saya untuk orang cuba dan tahu tentang bersyukur serta menghargai, suami saya dapat lepak habiskan komik silatnya, kami dapat tahu yang Taman Botani ni rupanya ada banyak aktiviti menarik dan paling penting, kita dapat bersama orang tersayang dan sekepala dalam bab berkelah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *