Lebih mindful
Mula perasan nikmat dan perkara baik yang sering terlepas pandang.
Pelengkap Kegembiraan membantu anda membina rutin syukur melalui catatan ringkas β kurang 10 minit sehari, pada bila-bila masa yang selesa.
Menulis jurnal syukur mengajak kita berhenti seketika daripada rutin yang laju dan merekod perkara baik yang kita terima. Tak perlu panjang β cukup jujur, ringkas dan konsisten.
Mula perasan nikmat dan perkara baik yang sering terlepas pandang.
Catat momen, insan dan pengalaman yang memberi makna kepada hari anda.
Alih fokus daripada kekurangan kepada perkara yang masih boleh disyukuri.
Ruang menulis yang berpandu membantu anda bermula walaupun sibuk.
Perkongsian pengguna tentang perubahan yang mereka rasai selepas mula menulis jurnal kesyukuran.
βWalaupun harian saya sentiasa sibuk dan tertekan, bila dizahirkan sekecil-kecil perkara, kebaikan, nikmat yang Allah masih pinjamkan, saya akan rasa... syukur. Terima kasih ya Allah.
Sebab Allah masih beri saya peluang untuk saya yang sering melakukan dosa ini, peluang demi peluang untuk mendekatkan diri kepada Dia. Dapat belajar syukur diberi peluang untuk mencari nafkah untuk menggembirakan anak-anak dengan kudrat sendiri.
Sentiasa berusaha untuk mencari peluang berbuat kebaikan meskipun kecil kerana saya tahu orang takkan nampak tapi Allah tetap melihat.
Jika sebelum ini saya buat sesuatu kerja, buat dalam keadaan mindless. Tapi bila sudah menulis jurnal kesyukuran, saya lebih mindful. Merasa nikmat untuk berbuat sesuatu sebagai ibadah instead of sekadar buat and feel nothing.β
βPerasaan bila tulis jurnal ni:
1. Lebih positif
2. Hidup teratur
3. Always know what to do
4. Seronok
5. Boleh control setiap situasi
6. Sentiasa ada hala tuju, takderlah sampai rasa nak pengsan tahan emosi tertekanβ
βSaya bina habit baru bulan ni. Menulis jurnal kesyukuran. Meskipun sukar nak commit, tapi saya buat mana yang mampu. Contoh seperti satu hari ni, saya rasa penat dan marah. Jadi saya pilih untuk menulis jurnal kesyukuran. Dan akhirnya saya rasa lebih tenang. Ini cara saya untuk alih atau ubah rasa tak baik tu.β
βSaya rasa lebih bersemangat bila membaca dan buat aktiviti dalam jurnal ni. Ia menyentuh hati saya. Ia juga seperti wake-up call untuk diri agar berubah ke arah yang positif.β
Satu hadis disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya sebagai pegangan bila jiwa rasa resah. Hadis ini khas buat kita.
βAmat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.β
(Hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a)
Antara perkongsian pengguna selepas menjadikan jurnal syukur sebahagian daripada rutin mereka.
βSenarai pendek yang ditulis dalam buku dah jadi macam diari harian. Dapat kongsi benda-benda baik yang terjadi setiap hari dan bukan benda negatif. Rasa emosi lebih stabil dan tenang.β

βSelepas menulis jurnal kesyukuran, saya rasa ingin lebih lagi bersyukur dan cuba berfikiran lebih positif dalam ujian kehidupan yang dilalui.β

βAlhamdulillah I feel more thank you to Allah. Kadang-kadang kita rasa stress dengan apa yang kita ada, cemburu dengan kebahagiaan orang lain.β

Semua orang ingin sihat. Tiada siapa ingin sakit. Begitu juga saya. Saya pernah mengalami masalah kemurungan, depresi dan kebimbangan. Syukurnya, saya tetap utamakan Allah. Tekad saya, sesukar apapun masalah, solat perlu dijaga. Dari situ, saya berusaha mahu sihatkan kembali emosi dan fikiran.
Ia tak mudah. Ada cabarannya. Pada awalnya, saya tak tahu nak mulakan bagaimana. Tercari-cari cara yang sesuai. Alhamdulillah, Allah lorongkan saya dengan penulisan dan perniagaan buku. Saya menulis buku kanak-kanak. Selepas itu, muncul peluang berniaga buku pula. Rupanya, dari situ saya dapat membeli buku-buku motivasi yang bagus manakala suami membeli buku agama. Saya diperkenalkan dengan buku 300 hadis bimbingan, Riyadhus Salihin juga al-quran terjemahan. Saya jadikan al-quran, hadis sahih, kisah agama, travelog sebagai landasan untuk perbaiki diri. Buku seperti A simple act of gratitude, How to stop worrying and start living antara buku yang membantu saya tentang syukur, hargai orang sekeliling dan berhenti dari risau.
Meski saya berusaha mengamalkan apa dibaca, ujian tetap ada. Diuji dengan situasi tak dijangka, berjumpa dengan orang menjengkelkan, belum punya zuriat, ujian fizikal dan lain-lain. Dari situ, suka atau tidak, saya belajar bersabar dan mengawal tahap kerisauan yang muncul. Tak lama kemudian, saya ditakdirkan berjumpa dengan buku The gratitude journal, The beneficial means to a happy life dan podcast Oprah Winfrey tentang jurnal kesyukuran. Saya mencari sebuah buku kosong dan membuat seperti yang disarankan.
Saya menulis jurnal kesyukuran sendiri. Setiap malam atau pagi esoknya, saya akan mengambil masa 5-7 minit untuk menulis 3-5 perkara yang disyukuri, menulis pelajaran apa yang diperolehi juga harapan saya pada masa hadapan. Setelah mempraktikkannya lebih setahun, emosi saya lebih terkawal, berusaha menepis fikiran negatif, bersangka baik pada Allah, cuba menggembirakan orang lain juga berusaha menyibukkan diri pada perkara-perkara bermanfaat. Alhamdulillah, sekarang sudah tahun ke 6 saya menulis jurnal syukur ini.
Pelajari cara untuk memotivasikan diri, menenangkan diri dan bersangka baik. Pemikiran orang yang mahu berubah dan ingin sihat tidak sama dengan orang yang tidak mahu berubah. Dengan mengetahui dan memahami cara yang betul, anda akan dapati diri anda perlahan-lahan mula membawa masuk fikiran-fikiran positif dan sangka baik. Persepsi anda pada hidup juga berbeza. Untuk mengubah tabiat negatif, minimum diperlukan oleh manusia normal adalah 66 hari. Sepanjang 66 hari, cuba didik diri lakukan perkara baru yang ingin dicapai.
Dengan menulis banyak perkara-perkara baik yang berlaku, fikiran kita disibukkan dengan perkara positif. Tak ada masa kita hendak tulis benda yang menyakitkan hati dan beri kesedihan. Kita mula belajar βmove forwardβ. Kita mula melihat banyak kebaikan diterima dan dinikmati dari orang sekeliling dan Tuhan. Ini antara prinsip yang dipegang oleh para ulama, agamawan, orang berjaya dan mereka yang bahagia. Mereka meraikan nikmat yang dirasai sekaligus βmembuangβ emosi negatif yang datang/mengganggu. Prinsip ini mampu mengubah pola pemikiran.
βSaya lebih berasa lapang hati bila dapat menulis perkara baik dan kata-kata positif yang ditulis dalam jurnal untuk mengingatkan diri dan menjadi pembakar semangat menghadapi hari esok.β
βBuku jurnal kesyukuran ni bagus sangat. Membantu dalam memuhasabah diri. Setiap malam dapat tulis apa yang disyukuri. Lepas seminggu dua dan belek balik jurnal tu, rasa insaf pun ada juga. Terus teringat surah ar-Rahman, βNikmat apa lagi yang nak kau dustakanβ. MasyaAllah, rupanya banyak sangat nikmat Allah beri.
Kata-kata dalam jurnal ni juga ringkas tapi padat. Sesuai untuk orang yang kejar masa dan tak suka baca panjang-panjang.β
βPersonally, sebenarnya sukar untuk fikir positif bila dalam keadaan stres tapi dengan menulis sebenarnya ia mampu memberi sedikit kelegaan dalam jiwa dan pada emosi.
Untuk jurnal syukur ini, ianya mesra pengguna, kita boleh mula menulis bila-bila masa dan riben penanda membantu untuk cari mukasurat akhir penulisan.β
βAlhamdulillah jurnal ini memang terbaik dan tahniah kepada yang menerbitkannya. Hidup rasa lebih diberkati. InsyaAllah, moga kehidupan kita semua diberkati Allah. Amin...β
Tiga pilihan set dengan goodies berbeza. Harga di bawah mengikuti promosi semasa yang dinyatakan di laman Ekspresi Syukur.
Live WooCommerce: gambar, nama, harga dan status stok pakej di atas diselaraskan automatik daripada katalog WooCommerce.
Ekspresi Syukur lahir daripada perjalanan pengasas yang menggunakan pembacaan, penulisan dan jurnal kesyukuran sebagai sebahagian daripada usaha membina perspektif hidup yang lebih baik.
Pelengkap Kegembiraan direka supaya aktiviti menjurnal terasa mudah dan dekat dengan pembaca Malaysia β dengan ruang catatan, doa, mutiara kata dan aktiviti yang membantu anda terus menulis.
Baca Kisah KamiPilihan artikel daripada blog Ekspresi Syukur untuk membantu anda membina rutin menulis yang lebih tenang, jujur dan bermakna.
Ketahui waktu yang sesuai untuk membina rutin journaling β daripada waktu pagi, sebelum tidur hingga ketika anda perlukan sedikit βme timeβ.
Baca Artikel β
Journaling tidak perlu sempurna untuk menjadi bermakna. Artikel ini berkongsi kenapa kejujuran dalam catatan lebih penting daripada mengejar halaman yang cantik.
Baca Artikel β
Kenali pilihan kertas dan ketebalan GSM yang sesuai supaya pengalaman menulis, melukis atau menghias jurnal terasa lebih selesa.
Baca Artikel βPerlukan bantuan lanjut? Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel.
Ya. Jurnal ini direka dengan ruang dan panduan ringkas supaya mereka yang baru hendak bermula boleh menulis sedikit demi sedikit.
Tak perlu lama. Catatan syukur boleh dibuat sekitar 5β10 minit, bergantung pada keselesaan anda.
Tidak. Anda boleh mula bila-bila masa kerana jurnal tidak menetapkan tarikh spesifik untuk bermula.
Penghantaran percuma terpakai untuk belian yang memenuhi syarat promosi semasa. Semak jumlah akhir ketika checkout.
WhatsApp +60 13-678 6571 atau emel alfisyah@ekspresisyukur.com.