10 Cara mudah mula menulis jurnal atau diari walaupun tak pandai sangat menulis

Pernah tak terlintas di hati di hati anda, ‘Aku nak mula menulis, tapi adakah cara mudah mula menulis jurnal ni walaupun tak pernah ada pengalaman dan tak reti?’

Ramai wanita, terutamanya selepas usia 30-an dan 40-an, mula mencari ruang untuk diri sendiri. Dalam kesibukan mengurus keluarga, kerja, dan tanggungjawab harian, selesaikan masalah tertentu, ada satu bahagian dalam diri yang perlahan-lahan terasa sunyi atau hilang. Itu belum lagi bab rasa cemburu melihat kelebihan yang dimiliki orang lain (bab ni lelaki perempuan semua ada). Pergolakan dalam jiwa waktu ni dah macam rojak. Kita tak pasti bagaimana untuk urusnya.

Makan, di sinilah journaling, menjurnal atau menulis jurnal boleh menjadi teman yang sangat bermakna. Kita mula belajar meluah rasa, ingatan dan kenangan dalam mukasurat yang tersedia di atas meja. Namun, masalah paling biasa akan mula muncul iaitu “Saya tak pandai menulis. Saya nak tulis apa?” Itulah juga persoalan yang saya hadap bila tahun pertama menulis jurnal kembali selepas berpuluh tahun meninggalkannya.

Sebenarnya, menulis jurnal atau diari tidak memerlukan bakat. Ia hanya memerlukan kejujuran dan semangat untuk mencatat kenangan diri. Ini saya kongsikan beberapa cara yang mudah buat anda yang ingin mula menulis tetapi tidak tahu atau pasti bagaimana caranya.

Fahami tujuan anda nak menulis jurnal atau diari

Sebelum anda mula menulis, adalah penting untuk kita faham satu perkara:
jurnal bukan untuk cantik, jurnal/diari bukan untuk kesempurnaan, bukan untuk orang lain baca — tapi ia salah satu tanda kewujudan diri sendiri.

Jurnal atau diari adalah ruang peribadi. Ia adalah tempat untuk kita:

  • meluahkan rasa
  • menyusun fikiran
  • mengenali diri
  • menghargai nikmat
  • bercerita dengan tenang
  • berkarya melalui lukisan, warna, kertas atau tulisan
  • dan yang paling penting, belajar bersyukur

Bila kita ubah perspektif ini, tekanan untuk “menulis dengan betul” akan hilang dengan sendirinya. Kita akan terus fokus pada apa yang kita mahukan. Sebagai contoh jika anda mulakan dengan junk journal atau jurnal ‘junk’, pastinya anda akan ada motif tertentu untuk letak di mukasurat itu. Mungkin tentang makanan yang guna pembalut warna merah dan kuning, mungkin tentang setem koleksi yang dibuat atau mungkin berkisar tentang Sumud Flotilla.

Saya menulis sebab saya ingin mengingat kembali perkara lama dan menghargai setiap apa yang berlaku. Dan bila baca balik, ia menjadi pembakar semangat untuk capai impian yang ditulis (bila down)

sMulakan dengan ayat yang paling mudah

Tak perlu tunggu idea besar atau grand. Mulakan dengan ayat yang sangat ringkas seperti:

  • “Hari ini saya rasa…”
  • “Apa yang bermain di fikiran saya sekarang…”
  • “Saya penat kerana…”
  • “Alhamdulillah untuk nikmat hujan…”
  • “Sumud Flotilla sampai ke maksud tujuan…”
  • “Packaging merah kuning memang lawa bila…”
  • “Saya bersyukur kerana…”

Percayalah, bila anda mula dengan satu ayat, ayat seterusnya akan datang dengan sendiri. Jangan fikir terlalu banyak atau kompleks. Tulis sahaja apa yang terlintas. Jurnal anda, ada yang decide apa perlu dicoretkan.

Apa yang saya tulis tu hanya sebaris ayat aje setiap point

Tidak perlu panjang. Cukup dengan konsisten.

Ramai orang berhenti menulis kerana rasa menulis perlu panjang-panjang. Sebenarnya tak. Hakikatnya, dapat tulis 3 hingga 5 point sehari pun dah mencukupi. Lebih baik menulis sedikit setiap hari daripada menulis panjang tapi sekali-sekala atau seminggu sekali.

Anggap journaling seperti berbual dengan diri sendiri. Kadang-kadang panjang, kadang-kadang pendek, Kadang-kadang kita lekat aje sticker atau washi tape dengan gambar yang sesuai. Mana-mana pun tak salah.

Selalunya minimum saya akan tulis dalam 3 point. Kalau lebih, boleh lihat macam dalam gambar ni

Pilih waktu yang tenang

Untuk permulaan, pilih waktu yang paling sesuai dengan emosi anda atau waktu anda rasa selesa. Ada sesetengah orang suka tulis awal pagi kerana masa ni minda mereka tengah fresh dan tenang. Ada orang sejenis yang akan tulis waktu malam atau lepas isyak kerana dia prefer untuk rangkumkan terus apa yang berlaku hari itu sebelum tidur.

Bagi kebanyakan wanita, waktu malam lebih sesuai kerana suasana lebih sunyi dan tenang. Ia memberi ruang untuk kita benar-benar “bertemu” diri sendiri. Tapi ada seorang makcik yang pernah saya tanya, dia lebih suka menulis sebelum subuh kerana pada waktu itu dia belum terkejar-kejar hendak memulakan urusan seharian.

Tulislah tanpa menilai diri sendiri

Ini antara perkara paling penting. Jangan berhenti menulis hanya kerana:

  • tulisan nampak tidak cantik
  • ayat terasa tidak tersusun
  • ada orang memperlekehkan / mentertawakan
  • rasa luahan seperti keanak-anakkan
  • atau emosi nampak “negatif”

Dalam menulis jurnal atau diari, tiada betul atau salah. Jika hari itu anda happy, tulis kenapa kita rasa happy. Jika hari itu anda sedih, tulis perkara yang menggembirakan atau disyukuri. Bukan apaa, jika kita terus menerus menulis perkara negatif, ia membuatkan kita menanam rasa negatif dalam diri. Ingatkan diri bahawa Allah minta kita sentiasa berusaha bersangka baik pada aturan-Nya.

Jurnal bukan tempat untuk menjadi sempurna. Tetapi ia tempat untuk menjadi jujur dan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada perkara baik. 

Antara isi jurnal syukur saya tahun kedua menulis. Simple aje.

Gunakan bantuan ‘Prompt’

Jika masih buntu tak pasti cara mudah menulis jurnal, gunakan soalan sebagai panduan. Dari situ kita belajar menjawab soalan yang terbit.

Contohnya:

  • Apa perkara kecil yang saya syukuri hari ini?
  • Apa yang membuat saya tersenyum hari ini?
  • Apa yang saya pelajari tentang diri saya?
  • Siapa yang mudahkan urusan kerja hari ini?
  • Adakah kaki hari ini rasa sakit lagi seperti minggu lepas?
  • Apa yang saya ingin lepaskan?

Soalan-soalan seperti ini membantu memudahkan diri menjawab dengan jujur, tenang dan yakin.

Jadikan ia ruang yang menyenangkan

Untuk menceriakan lagi jurnal anda, anda boleh menambah sedikit elemen ceria yang dapat membuatkan anda rasa seronok, kembali tersenyum dan teruja:

  • washi tape
  • sticker
  • warna kegemaran
  • kertas pelbagai corak
  • pen pelbagai warna
  • benang atau tali
  • gambar
  • tulisan tangan yang santai

Tidak perlu terlalu cantik, cukup sekadar membuatkan anda rasa ingin kembali menulis. Bila jurnal itu terasa “hidup”, ia bukan lagi tugas — tetapi menjadi satu bentuk terapi emosi dan mental.

Bila mood saya ok, selalunya saya akan lekat apa yang patut di jurnal

Mulakan dengan jurnal kesyukuran

Jika anda benar-benar tidak tahu mahu menulis apa, mulakan dengan satu perkara mudah iaitu tulis 3 perkara yang anda syukuri setiap hari.

Contohnya:

  • “Saya bersyukur hari ini sempat minum kopi dengan tenang.”
  • “Saya bersyukur anak saya sihat.”
  • “Alhamdulillah, saya masih hidup lagi.”
  • “Rezeki hari ini, ada kawan belanja sarapan di ofis.”
  • “Syukur, pokok bunga mawar yang dibeli bulan lepas berkembang mekar hari ni.”
  • “Saya bersyukur badan saya masih kuat bekerja.”

Perkara kecil ini, jika ditulis setiap hari, akan perlahan-lahan mengubah cara kita melihat hidup. Dari rasa kekurangan… kepada mula merasa cukup.

Tidak perlu tunggu sempurna

Ramai yang berkata, “Nantilah saya akan mula bila ada masa.”

Tetapi hakikatnya, masa tidak akan pernah benar-benar “lapang”. Kita sendiri yang perlu mencari masa walaupun sekadar 5 minit.

Mulakan dengan apa yang ada sekarang:

  • buku biasa atau jurnal Pelengkap Kegembiraan
  • pen
  • masa 5 minit

Yang penting bukan kesempurnaan — tetapi permulaan. Tulis aje walaupun sebaris ayat.

Ruang kecil untuk diri sendiri

Dalam kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab, kadang-kadang kita lupa untuk memberi ruang penghargaan buat diri sendiri. Sebenarnya, menulis jurnal atau diari adalah salah satu cara untuk melembutkan kembali diri yang tertekan, penat, dan ‘ketat’. Kita belajar untuk mengenal kembali diri sendiri, menghargai dan berehat. Menulis mengajar kita secara tidak langsung menghargai setiap apa yang berlaku, merakam kenangan, dan mengurangkan tekanan emosi (bila tulis perkara baik).

Jika anda masih ragu-ragu untuk mula, ingat ini:

Anda tidak perlu menjadi penulis untuk menulis jurnal.
Anda hanya perlu menjadi diri sendiri.

Menulis adalah perakam kenangan terbaik buat diri.

Bila menulis dan intai kembali jurnal lama, rupanya saya ada ingatkan diri tentang beri manfaat pada orang lain 3 tahun lalu.

Dan mungkin, dari beberapa ayat kecil setiap hari… kita akan menemui ketenangan yang selama ini dicari. Itu yang saya alami dan rasai setiap kali selesai menulis satu mukasurat tentang apa yang disyukuri. Saya tahu hidup ini ada masanya sukar, tapi ia bukan penghalang untuk meneruskan hidup dengan menceriakan diri dan mengingati kebaikan diberikan Allah walaupun hanya dengan meneguk air sejuk yang menyegarkan. Oleh kerana itu, saya berusaha menerbitkan jurnal Pelengkap Kegembiraan, khas buat anda di luar sana yang rasa hidup ini sukar, tak ada orang memahami, rasa stres yang berpanjangan dan perlahan-lahan ingin mendekatkan diri kembali pada Allah. Anda boleh ke laman web EkspresiSyukur dan nilai sendiri mereka yang telah mencuba dan menulis pengalaman masing-masing bila menulis perkara baik yang berlaku pada diri.

Setelah anda tahu cara mudah menulis jurnal atau diari ini, apa kata anda mulakan hari ini atau atau selewatnya esok. Anda cuba konsisten menulis walaupun ayatnya pendek dan anda akan teruja dengan hasil dan pencapaian diri sendiri dalam menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *