13 cara anda boleh guna washi tape bila menjurnal atau tulis diari

Washi tape bukan sekadar hiasan. Washi tape adalah antara alat kreatif yang sangat membantu saya bila menjurnal. Bila melihat washi tape yang pelbagai saiz, warna, corak, ukiran, dilekatkan dalam jurnal atau diari kita, kita rasa seperti jurnal itu hidup, tersusun, ceria, positif dan penuh emosi. Selain washi tape, saya gunakan beberapa medium lain untuk menceriakan dan memaknakan jurnal syukur. Tapi kali ni, saya nak kongsikan 13 cara anda boleh gunakan washi tape bila menjurnal atau menulis diari. Lain kali bila anda selak jurnal untuk bacaan semua, anda akan tersenyum happy melihat keyakinan anda bila bermain dengan washi tape.

13 Cara guna washi tape untuk menjurnal atau tulis diari

  1. Membuat bingkai atau frame tepi mukasurat – selalunya penulis jurnal akan buat begini bila kita ada ekstra washi tape yang lawa dalam stok. Dan washi tape yang guna area mukasurat tu ada kaitan dengan apa ditulis skit.

washi tape dijadikan bingkai mukasurat

2. Pembahagi bahagian dalam satu mukasurat – Saya selalunya buat begini masa tahun ketiga saya menjurnal. Bila malas nak gunting kertas dan kejar masa, saya buat border macam dalam gambar ni.

washi tape membantu membahagi bahagian

3. Gunakan sebagai header (kepala) untuk tajuk atau tulisan tertentu – Saya akan lekat satu washi tape area atas mukasurat. Kemudian, saya akan tulis tajuk apa yang mostly saya nak ingat pada hari saya tulis jurnal syukur tu. Contohnya, sabtu lepas, catio untuk kucing MIL sampai. Jadinya, saya highlightkan tajuk tu pada tarikh 12 April.

Contoh saya gunakan washi tape untuk highlight cerita nak sampaikan hari tersebut

4. Membuatkan hasil tampalan washi tape bila bermain dengan kertas lain lebih menarik dan hidup – Selalunya saya akan buat begini bila bermain dengan 3 jenis kertas berbeza atau nak memperlihatkan kontra warna pada apa yang ditulis dan direka. Kita atau orang lain lihat pun nampak menarik.

washi tape menghantar imej kontra bila bermain dengan kertas dan warna

5. Membuat bentuk kreatif bila kita ada banyak pilihan washi tape dalam simpanan – Gunakan aje apa sahaja saiz, warna dan corak untuk buat design yang mood kita mahu waktu menulis dan mendekorasi jurnal tu. Tak perlu disiplin atau perfect sangat. As long kat mata kita ok, ok lah tu.

washi tape membantu kita membuat bentuk kreatif berdasarkan mood pada hari tersebut

6. Hiasan minimalis  – Ada sesetengah tajuk, kita tak perlu banyak sangat letak washi tape. Lekat sekadar perlu aje. Yang penting, tajuk yang kita guna untuk tampal washi tape tu terserlah dan sampai maksud tujuan.

washi tape dengan hiasan minimalis

7. Menulis atas washi tape – Untuk tulis atas washi tape, anda perlukan pen khas. Tak semua pen sesuai menulis atasnya. Ada yang bila ditulis dan tersapu dengan jari sikit, terus hilang tulisan tu. Jadinya, cuba beberapa pen yang ada dan cuba tulis sikit atas washi tape sebelum lekatkan di jurnal atau diari kita.

Menulis atas washi tape perlu menggunakan pen tertentu untuk elak perkataan hilang bila tersentuh

8. Ilustrasi atas washi tape boleh digunting dan ditampal dalam jurnal / diari  – Ada sesetangah washi tape bersaiz besar mampu membuatkan kita geram tengok ilustrasinya yang lawa. Jadi, kita hanya perlu gunting aje gambar yang kita mahu dan lekatkan di dalam jurnal/diari kita. Confirm nampak comel.

Ilustrasi atau gambar daun di atas washi tape yang digunting

9. Menjadi pelekat kertas yang cantik bila tak mahu guna gam – Rekabentuk dan corak washi tape yang unik boleh aje terus dijadikan sebagai pelekat kertas menggantikan gam. Jurnal kita akan lebih ceria dengan kehadiran washi tape ni. Plus, bila gam dah habis, washi tape akan datang membantu.

Washi tape menjadi pelekat kertas yang cantiik bila gam tiada

10. Menceriakan jurnal / diari dengan corak simple tapi lawa bila dah dipadankan – Washi tape ni walaupun kita lihat dia lurus aje tapi jika kita boleh dekorasi dia tanpa strict sangat, ia akan jadi satu bentuk yang tiba-tiba kita akan kata dalam hati, ‘Eh! Lawa pulak jadinya..’

Cara menceriakan jurnal paling mudah menggunakan washi tape

11. Washi tape membantu kita membuat tema warna bila mendekorasi jurnal – Bila kita hendak buat tema warna untuk hari atau mukasurat tertentu, selalunya washi tape akan menyelamatkan keadaan. Akan ada sahaja corak dan warna yang seakan sama. Sebagai contoh, saya ingin membuat tema warna coklat untuk hari raya lepas, dan bila dilihat dalam stok washi, ‘Eh? Adalah warna coklat yang boleh guna’.

Washi tape memudahkan penulis membuat tema warna bagi jurnal harian yang ditulis.

12. Cara menutup kesalahan ayat atau perkataan dengan cantik – Bab ni tidak dipertikaikan lagi. Ada ketika kita tersilap tulis atau tersilap pilih perkataan, maka, washi tape membantu menampal kesalahan yang dibuat dengan penuh ceria dan bergaya. Masa ni, kita boleh aje guna apa sahaja washi tape yang berkenan dek hati bagi menutup kelemahan.

washi tape membantu menutup ayat yang kita tersalah tulis

13. Membantu melekatkan gambar kenangan atau memoribilia – Paling simple saya guna washi tape bila melekatkan gambar kenangan kami berdua yang happy. Confirm kita akan lekat gambar muka senyum, ceria, mood best kat dalam jurnal atau diari kita.

washi tape membantu melekatkan gambar kenangan atau memoribilia

Dulu saya ingat menjurnal atau journaling guna washi tape ni hanya nak nampak cantik aje. Tapi bila dah menjurnal lebih 5 tahun ni, baru saya tahu, washi tape ni kegunaannya lebih dari itu. Ia mampu membuatkan jurnal syukur saya lebih hidup, menarik, ceria, tenang, bersemangat dan punya kekuatan tersendiri. Jika dulu saya menjurnal dalam buku nota kosong tapi bila sudah menerbitkan jurnal kesyukuran sendiri, ianya lebih lagi menceriakan dan fokus. Dan oh ya, jika anda hendak mula merekodkan kenangan indah dan baik yang dinikmati setiap hari, apa kata anda cuba dapatkan jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan di website ini. Ada banyak goodies anda boleh terus gunakannya bila hendak mula menulis. Dan tak perlu lagi tercari-cari nak guna apa. Plus, beberapa goodies tu mampu bantu anda ingatkan Allah Yang Maha Baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *