10 kaedah hilangkan rasa tertekan dan sedih di hati

Kesedihan dan tekanan hidup adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi ada banyak cara untuk mengatasinya. Berikut adalah 10 kaedah untuk mengurangkan dan mungkin juga dapat menghilangkan rasa tertekan dan sedih yang sedang dilalui. Mungkin dengan salah satu kaedah ini, Allah beri ilham buat kita menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

1. Berdoa dan Meminta Petunjuk dari Allah

Kita ada Allah yang mendengar setiap luahan dan rasa hati kita. Apa yang perlu kita sabar dan jangan berhenti berdoa. Allah takkan kabulkan doa kita sekelip mata tapi Dia memiliki cara tersendiri untukl mengabulkan doa kita.

2. Amalkan Kesyukuran

Fokus pada perkara yang masih ada dalam hidup anda. Tulis jurnal kesyukuran dan catat sekurang-kurangnya tiga perkara yang anda hargai setiap hari. Secara tak langsung, kita tahu setiap masa Allah berikan kurnia kepada kita walaupun waktu itu kita dirundung rasa sedih. Untuk mendapatkan jurnal kesyukuran berbahasa Melayu, boleh dapatkan di sini, ekspresisyukur.

3. Lakukan Aktiviti Fizikal

Bersenam atau berjalan di luar rumah dapat membantu badan melepaskan endorfin, hormon yang membuat anda rasa lebih baik. Jika mood nak keluar takde, lakukan aktiviti fizikal dalam rumah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengemas rumah, mengemas dapur, memasak, bersenam menggunakan video di Youtube dan lain-lain.

4. Dapatkan Rehat yang Cukup

Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan mental. Cuba tidur awal dan elakkan skrin sebelum tidur untuk kualiti tidur yang lebih baik. Adakala, kerap melihat media sosial menyesakkan kepala kita.

5. Bernafas dengan Perlahan dan Dalam

Teknik pernafasan dalam (deep breathing) membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan serta kebimbangan. Kita alihkan fokus untuk bernafas dengan lebih teratur.

6. Luangkan Masa dengan Alam Semula Jadi

Berjalan di taman, mendengar bunyi burung, atau sekadar menikmati angin segar boleh memberikan ketenangan dalaman. Lakukan brisk walk atau berjalan biasa paling kurang seminggu dua kali.

7. Kurangkan Media Sosial

Terlalu banyak media sosial boleh menambahkan tekanan. Ambil masa untuk berehat daripada skrin dan fokus kepada dunia sebenar. Media sosial sekarang penting tapi jangan jadikan ia tangga teratas untuk meneruskan dan menikmati hidup.

8. Lakukan Hobi yang Anda Suka

Melukis, menulis, memasak, atau berkebun boleh menjadi terapi untuk melepaskan tekanan dan memberikan rasa kepuasan. Jika anda suka bermain muzik, pergi sahaja ke kelas muzik, belajar ilmu baru dan abaikan rasa tak enak dalam diri.

9. Luahkan Perasaan pada Orang yang Betul

Luahkan rasa sedih, kecewa atau tertekan kepada orang yang dipercayai. Tak semua kita boleh percaya tapi selalunya orang yang dalam circle kita untuk jatuh bangun diri tak ramai. Luahkan pada mereka.

10. Bantu Orang Lain

Membantu orang lain, walaupun dengan perkara kecil seperti senyuman atau kata-kata semangat, boleh meningkatkan kebahagiaan dan mengurangkan kesedihan. Buat baik dengan orang lain akan buat kita rasa happy yang bukan dibuat-buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *