6 kebaikan bersyukur boleh buat kita perbaiki nilai positif dalam diri

Bersyukur bukan sekadar mengucapkan “terima kasih” atau merasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukur sebenarnya satu amalan yang membantu membentuk dan memperbaiki nilai positif dalam diri kita. Jika sebelum ini kita banyak risau, sedih, tak puas hati dan rasa nak marah aje bila tak dapat sesuautu, tetapi bila dengan bersyukur perlahan-lahan kita cuba mengikis tabiat negatif yang ada dahulu.

Berikut kami kongsikan 6 kebaikan bersyukur yang boleh membantu menaikkan nilai positif dalam diri.

1. Meningkatkan Rasa Bahagia

➝ Apabila kita fokus kepada apa yang kita ada dan bukan apa yang kita kekurangan, kita akan lebih menghargai kehidupan. Ini mengurangkan perasaan iri hati dan membina kepuasan dalaman. Kita berusaha membina pemikiran positif.

2. Membantu Kita Melihat Hikmah dalam Cabaran

➝ Syukur mengajar kita untuk melihat sisi positif dalam setiap keadaan, termasuk ujian dan kesukaran. Ini melatih minda kita untuk lebih optimis dan tabah. Tidak mudah tapi sekurang-kurangnya kita belajar prasangka baik terhadap apa yang berlaku. Pada masa yang sama, belajar untuk bersabar dan redha.

3. Meningkatkan Kepercayaan Diri

➝ Dengan bersyukur atas bakat, kebolehan dan pencapaian kecil kita, kita menjadi lebih yakin terhadap diri sendiri. Ini mendorong kita untuk terus berkembang dan mencuba perkara baru. Setiap bakat dan kebolehan dalam diri sebenarnya ada potensi besar yang membantu dalam penyembuhan diri bila diuji dengan ujian dari Allah.

4. Mewujudkan Hubungan yang Lebih Baik

➝ Apabila kita bersyukur terhadap kebaikan orang lain, kita cenderung lebih menghargai mereka dan memperkuatkan hubungan sosial. Di sini, akan wujudnya juga perasaan hormat-menghormati. Kita juga belajar untuk menjadi orang yang kurang bersikap mementingkan diri sendiri kerana kita mahu belajar menebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

5. Mengurangkan Tekanan dan Kebimbangan

➝ Kajian menunjukkan bahawa amalan kesyukuran membantu mengurangkan stres dan kebimbangan kerana kita lebih fokus kepada perkara baik daripada hal negatif yang di luar kawalan kita. Tekanan itu ada tetapi kita berusaha untuk kawal diri dan keadaan agar tidak menjadi lebih buruk.

6. Menjadikan Kita Lebih Pemurah dan Suka Membantu

➝ Orang yang bersyukur lebih cenderung untuk berkongsi rezeki dan memberi bantuan kepada orang lain kerana mereka sedar bahawa nikmat yang mereka miliki bukan sekadar untuk diri sendiri.

Bersyukur bukan sekadar satu amalan rohani, tetapi satu cara hidup yang boleh membentuk keperibadian lebih positif dan bahagia. Kebaikan bersyukur ini banyak cuma kadang-kadang kita terlupa atau dibutakan dengan perasaan tamak, tidak puas hati, cemburu dan dengki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *