10 barang asas yang penting perlu ada bila pertama kali handle orang tua bedridden & kena pakai tiub kencing. Ini pengalaman saya & adik bila handle mama hari-hari awal masuk hospital dan mama jadi bedridden patient (dia boleh lagi duduk bila tegakkan katil). Mama pakai tiub oksigen, pakai tiub air kencing, kena suntik kat tangan air garam & antibiotik. Jadinya, memang doktor dan jururawat tak bagi dia pi ke tandas. Nanti apa-apa terjadi, orang tak perasan.
Barang-barang ini semua insyaAllah ada di farmasi. Cuma kalau takde pun mungkin botol spray air, febreeze dan minyak urut. Ada jual farmasi yang jual online, anda boleh dapatkan di sana juga jika stok takde di farmasi terdekat anda. Ini senarai 10 barang asas penting untuk pesakit bedridden yang membantu memudahkan urusan anda. Jika ada nak tambah lagi, sila sharekan. Mungkin boleh bantu orang lain juga.
1. Lampin dewasa (pilih jenis yang boleh lekat kiri kanan dan bukan seluar). Pilih lampin bersesuaian dengan saiz pesakit, L, XL.
2. Tisu basah besar (kat farmasi ada jenis begini). Tisu ni sangat membantu untuk kegunaan orang dewasa. Jika di kedai-kedai biasa, saiznya kecil, standard.
3. Tisu gulung besar (yang telap air yg selalu guna di dapur tu). Boleh aje guna tisu tandas biasa cuma nak kena gulung banyak kali. Yang besar ni lebih besar ‘cover’ kawasan nak dibersihkan.
4. Spray berisi air kosong. Spray ni penting untuk bersihkan kawasan kulit yang terkena najis selain guna tisu. Pesakit akan rasa lebih yakin dan bersih. Saya guna juga spray air ini untuk bersihkan belakang badan mama dan rambutnya yang tak boleh di shampu. Kurang skit rasa pening kepala dan bahang yang dikeluarkan oleh badan.
5. Lapik tilam (yang ni penting agar bila kita tukar lampin, lapik yang kotor tu kita tukar sekali. Jaga kebersihan pesakit). Lapik ini penting juga letak di katil rumah sebab di hospital pun mereka ada lapik khas yang boleh kita tukar selalu. Kegunaannya juga di rumah, in case tertembus lampin dengan air najis, at least tak kena direct ke tilam atau comferter.
6. Febreze (ni penting bukan takat untuk kita tapi untuk orang keliling yg terpaksa menghidup bau najis walau proses membersih).
7. Plastik sampah untuk buang lampin. Jika di hospital ada plastik kuning ni. Jika di rumah, guna ajelah plastik yang sesuai.
8. Minyak urat / urut. Kadang-kadang kaki orang tua rasa cramp atau lenguh sebab terbaring aje, jadi kita sebagai orang yang menjaga dan memberishkan, standby minyak ini. Untuk minyak urut ni, anda boleh bincang dengan pesakit atau ahli keluarga lain minyak jenis apa yang mahu digunakan.
9. Vics atau minyak cap kapak. Confirm 2 benda ni akam diminta orang tua kita bila dia rasa tak sedap badan, selesama, pening kepala (tak blh nak mandi sebab bertiub bagai kat badan)
10. Barangan kecil lain seperti sikat, berus gigi dan ubat gigi, bedak, deodorant dan ketip kuku perlu jika pesakit bedridden ingin rasa lebih selesa, bersih dan ceria.
Barang-barang ini kita mungkin pernah dengar bila orang bercerita tentang membersihkan orang tua atau orang yang terlantar. Cuma kali ini, saya bantu anda supaya tak jadi seperti saya bila pertama kali melakukannya. Memang kalut masa tu. Lagi-lagi tak sangka mama akan terlantar akibat sakit perut aje pada awalnya. 10 barang asas penting untuk pesakit yang terlantar ini asas pada saya. Jika pada pesakit yang lebih kritikal atau koma, mungkin lain barang keperluannya.