Jalaluddin Muhammad Rumi atau ringkasnya Rumi, merupakan seorang penyair, sarjana Islam, ahli fiqah mazhab Hanafi, mutakalim Maturidi dan ahli tasawuf yang dilahirkan pada tahun 1207 iaitu pada zaman Empayar Khwarazmiyah. Beliau seorang Muslim berbangsa Parsi dari abad ke-12.
Karya Rumi banyak menyentuh hati ramai orang sejak dari zamannya sehinggalah ke hari ini. Karya dan syair diterima oleh banyak bangsa tidak kira agama dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Dia, antara seorang Muslim yang berjaya menjadi penyair paling laris di Eropah dan juga Amerika. Karya rumi berkisar tentang cinta yang meresapi dunia. Ajaran Rumi juga menyatakan prinsip-prinsip yang diringkaskan dalam ayat al-Quran dan menjadikan al-Quran juga Nabi Muhammad sebagai rujukan. Antara ayat al-Quran yang menjadi pedomannya ialah “Ketahuilah sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan beristighfarlah kepada-Nya atas dosa yang engkau telah lakukan, dan bagi dosa orang yang beriman samada lelaki atau perempua. Allah mengetahui gerak-geri kamu (di dunia) dan tempat tinggal kamu (di akhirat).” (Surah Muhammad 47: 19)
17 mutiara kata dari Rumi tentang sedih dan gembira yang diharap mampu memberi panduan buat anda dalam mencintai hidup ini.
- Bila datang duka atau suka, jangan lawan — tapi lalui dengan jiwa yang pasrah.
- Jangan bersedih. Segala sesuatu yang hilang darimu, akan diganti kembali dalam bentuk berbeza.
- Belajarlah melepaskan. Seperti pokok yang tidak takut kehilangan daun-daunnya.
- Kesedihan sebenarnya mempersiapkan ruang dalam jiwa untuk kegembiraan.
- Luka itu bukan kelemahan, tetapi tempat cahaya Ilahi masuk menyembuhkan.
- Aku belajar bahawa setiap makhluk hidup akan merasakan kematian, tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan merasakan kehidupan.
- Jangan terperangkap dalam kesedihan sendiri — pintu kebebasan itu sentiasa terbuka.
- Perpisahan hanya wujud untuk orang orang yang mencintai dengan matanya. Kerana untuk orang yang mencintai dengan jiwanya, tidak wujud istilah perpisahan.
- Hatimu mengetahui jalan terbaik, bergeraklah mengikut naluri hatimu.
- Suatu hari nanti, kesakitan ini akan menjadi ubat yang menyembuhkan jiwa.
- Belajarlah melepaskan apa yang menyakiti. Kerana ia bukan milik kekal.
- Abaikan segalanya yang membuatmu takut dan kesedihan, yang menyurutmu ke belakang menghadapi kesakitan dan ajal.
- Jika hendak jadi pencinta-Nya, engkau harus menelan dukanya. Di manakah dukamu? Sesungguhnya kesabaran memerlukan kedewasaan. Di manakah kedewasaanmu?
- “Hatiku begitu kecil, hampir tak terlihat. Bagaimana Engkau boleh menempatkan di dalamnya kesedihan yang besar?” Dia menjawab, “Matamu lebih kecil, namun mereka mampu melihat dunia.”
- Bersabarlah dalam gelap, kerana fajar pasti akan menjelma.
- Kau dicipta dengan kekuatan jiwa. Mengapa memilih untuk terus merangkak dalam sedih?
- Manusia sempurna akan menerima semuan, yang baik dan yang buruk, yang datang dengan kasar atau yang lembut, namun masih akan melayanmu dengan penuh kehormatan.
karya-karya Rumi adalah antara karya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek zaman. Karya dan syair beliau seolah mempunyai semangat tersendiri yang membantu orang lain untuk bangkit dari jatuh, belajar mencintai apa adanya serta menjauhkan diri dari terjerumus dalam kesesatan.