
Pernahkah anda melihat jurnal orang lain yang terhias cantik, penuh bunga, warna, sticker dan tulisan menarik? Terasa seronok melihatnya, tetapi pada masa yang sama kita mula berfikir, “Saya tak pandai melukis. Saya pun tak sekreatif mana. Bolehkah saya buat jurnal secantik tu?”
Jawapannya, dah tentulah boleh!
Sebenarnya, untuk menghasilkan dekorasi jurnal yang menarik, kita tak perlu mempunyai bakat melukis atau kemahiran seni yang tinggi. Ada banyak cara mudah untuk jadikan halaman jurnal lebih ceria, tersusun, ‘happenig’, menggamit memori dan mempunyai sentuhan peribadi.
Bagi wanita atau lelaki di luar sana yang ingin mula menjurnal, sebenarnya aktiviti menghias jurnal boleh menjadi salah satu cara untuk berehat seketika daripada kesibukan harian dan fokus kepada perkara lain yang buat kita tenang. Kita boleh menikmati masa berkualiti bersama diri sendiri sambil menulis perkara yang menggembirakan hati dan tenangkan emosi.
Di sini, saya kongsikan 10 idea kreatif dekorasi jurnal untuk anda yang baru nak mula menjurnal tapi tak berseni sangat atau tak pandai melukis.
Gunakan sticker pelbagai corak dan bentuk sebagai hiasan utama – Ada banyak jenis sticker boleh dibeli secara offline atau online. Dan sticker merupakan antara cara paling mudah untuk hias jurnal. Anda hanya perlu pilih sticker yang bersesuaian dengan tema atau minat. Antara sticker yang boleh digunakan ialah bentuk:
- Bunga atau daun
- Bulan, bintang, matahari atau gambar alam
- Rama-rama, kumbang atau apa sahaja jenis binatang
- Kata-kata motivasi
- Bagpack, khemah atau apa sahaja yang berkaitan dengan travel atau camping
- Karektor kartun atau filem
- Makanan, minuman, alatan memasak atau apa sahaja yang berkaitan dengan makanan
Jika anda menulis jurnal syukur, anda boleh guna sticker apa sahaja jenis sticker yang bersesuaian. Saya sendiri mempunyai pelbagai jenis sticker untuk memudahkan saya mendekorasi jurnal pada hari-hari tertentu.

Idea dekorasi jurnal paling popular, tepek sticker.
Hiaskan halaman jurnal dengan washi tape – Washi tape ni adalah sejenis pita pelekat yang mempunyai corak yang pelbagai dan ia sangat popular di kalangan journalist tak kira genre. Anda boleh menggunakan washi tape untuk buat bingkai muka surat, bahagikan ruang catatan, menutup kesalahan, gunakan header untuk tajuk atau tulisan tertentu, menceriakan mukasurat dengan corak yang menarik atau deko halaman dengan hanya tampal-tampal je.

dekorasi jurnal guna washi tape juga sangat diminati penulis jurnal.
Tampal gambar daripada majalah atau bahan cetak – Tidak perlu lukis bunga, pemandangan atau makanan sendiri. Anda hanya perlu gunting aje majalah, flyers atau bahan bercetak yang ada. Lepas tu, tampal dan deko lawa-lawa. Selalunya, saya akan gunting buku atau majalah yang tak pakai atau flyers yang dapat bila berjalan di pasaraya atau shopping complex.
Contohnya, jika anda menulis tentang anak kucing yang membesar dengan sihat, mungkin anda boleh ambil gambar anak kucing tersebut dan cetak, kemudian tampal dalam jurnal. Atau mungkin boleh gunting tajuk tertentu yang berkaitan kucing dan tampal dalam jurnal.

Idea dekorasi ni hanya perlu kertas, majalah atau flyers dan potong je.
Tampal resit, tiket atau paper gift yang diterima – Pernahkah anda menyimpan resit makanan daripada restoran yang dikunjungi, resit muzium atau tempat pelancongan atau dapat hadiah daripada kenduri kahwin atau apa sahaja kenduri. Jangan terus buang!
Anda boleh menjadikan cebisan kecil ini sebagai hiasan jurna dan kenangan pada hari kita tulis jurnal tu. Contohnya, resit makan tengah hari bersama keluarga, tiket wayang, tiket perjalanan bercuti atau naik cruise dan mungkin kad terima kasih yang diterima bila dapat doofgift kenduri.
Kadangkala, benda yang kelihatan biasa hari ini dan nampak remeh pada orang lain macam carika kertas, ia boleh menjadi dekorasi simple atau wow. Ia juga menceritakan kenangan yang sangat bermakna pada hari tersebut bila kita baca balik jurnal yang ditulis dan ditampal.

Idea dekorasi jurnal yang ni hanya perlu cari keratan resit atau gift yang dapat masa pergi ke event tertentu.
Gunakan highlighter atau pen pelbagai warna untuk serlahkan perkataan tertentu – Jika anda tak banyak bahan hiasan, highlighter dan pen pelbagai warna ini sangatlah membantu. Dan ia terbukti membantu masa COVID dulu dan kita semua terpaksa berkurung. Masa tu lah saya menggunakan kreativiti untuk menceriakan halaman jurnal syukur seperti tulis tajuk guna pen matanya besar, tulis kenangan guna pen biasa, untuk doodle gambar pula saya guna pen warna-warni yang ada. So, jadi cantiklah jurnal yang ada tu dengan design pelbagai hanya guna pen.

Dekorasi guna pen atau highlighter adalah termurah dan senang dapat lagi-lagi bila menulis time kuarantin time covid.
Pelbagaikan gaya tulisan – Tidak perlu mempunyai tulisan secantik kaligrafi untuk menghasilkan jurnal yang menarik. Cuba pelbagaikan saiz tulisan atau bentuk tulisan. Jadikan tajuk lebih besar berbanding isi catatan. Anda juga boleh menggunakan huruf besar untuk perkataan tertentu atau menggariskan ayat yang penting bila sampai point tertentu.
Contohnya, tulis perkataan HARI INI SAYA BERSYUKUR dengan saiz lebih besar, kemudian senaraikan perkara yang ingin anda syukuri menggunakan tulisan biasa. Anda juga boleh tulis apa yang best pada hari tersebut di sisi halaman guna gaya tulisan yang pelbagai.

Idea dekorasi menulis ni pula bergantung pada keinginan anda masa tu. Nak tulis tangan boleh, tak gunting huruf pun ok je.
Gunakan bunga dan daun kering – Alam ciptaan Allah ini ada banyak kelebihannya. Anda hanya perlu petik atau kutip aje bunga atau daun yang gugur untuk lekatkan dalam jurnal. Ia hasil seni yang paling agung yang kita manusia tak mampu buat. Tapi, pastikan bunga atau daun tersebut dikeringkan atau dilaminate. Ini bagi memastikan ia tahan lama dan tak rosakkan jurnal.

Dekorasi jurnal guna benda alami sangatlah best. Kutip aje benda yang ada di sekeliling kita pemberian Allah.
Gunakan sticky notes untuk nota atau letak tajuk – Sticky notes bukan sekadar untuk mencatat perkara penting di pejabat, ia juga boleh menjadi bahan hiasan jurnal yang praktikal. Contohnya, sticky notes saiz kecil, saya akan tulis tajuk atau perkataan permulaan ayat. Jika sticky notes tu besar, saya akan gunting bagi kecil sedikit dan lekatkannya di ruang tertentu untuk menulis. Kadang-kadang, saya guna sticky note untuk letak kata-kata semangat di bahagian atas atau bawah halaman jurnal.

Idea dekorasi guna sticky note ni sangat mudah. Rasanya orang yang kerja ofis selalu ada beli sticky notes ni.
Gunakan cop atau stamp untuk cantikkan halaman – Jika anda tidak pandai melukis bentuk bunga, hati atau bintang, gunakan je cop atau stamp. Sekarangkan popular bentuk stamping pelbagai corak dari peniaga kerana ia salah satu cara pemasaran yang mudah.
Terdapat pelbagai jenis stamp dengan corak menarik yang boleh digunakan untuk menghias jurnal. Kita hanya perlu pilih warna dakwat, design, tekan stamp pada stamp pada dan tekan stamping tersebut ke mukasurat yang hendak dihias. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang suka melancong atau berjalan dan dapatkan stamp di tempat dilawati.

Dekorasi jurnal guna cop atau stamping ni mula popular di Malaysia dalam 2-3 tahun kebelakangan ni.
Gunakan stensil untuk tulis tajuk, buat kotak atau jadual trackers – Jika anda sejenis nak buat jurnal berjadual seperti jurnal kesihatan, jurnal kewangan mahupun jurnal mengaji atau checklist minum air, stensil ini membantu anda melukis kotak dengan cantik, kemas dan teratur. Jadinya, takdelah comot sangat jurnal kita yang baru nak mula menulis ni dan senang kita nak track aktiviti yang dilakukan.

Dekorasi jurnal menggunakan stencil.
Jadikan jurnal sebagai ruang kreativiti diri
Sebenarnya, menghias jurnal bukan pertandingan untuk menghasilkan halaman paling cantik. Tak perlu beli terlalu banyak aksesori atau habiskan masa berjam-jam untuk menghasilkan satu halaman yang happening. Kita bukan masuk pertandingan. Gunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah atau disekeliling kita. Majalah dan buku lama, pen biasa, washi tape kakak yang dah tak guna, crayon adik, bunga mak yang hampir layu, daun pokok limau purut yang gugur, pelekat botol sos, atau resit bayaran yang ayah beli barang dapur. Bahan-bahan yang nampak biasa itu, jika ditampal dalam jurnal, dah ada nilai estetikanya tersendiri buat diri.
Jadinya, jika anda yang menjurnal ingat melukis itu salah satu perkara penting untuk menjurnal, ketepikan. Melukis ini hanya bonus sahaja bila menjurnal,
Jika anda menulis jurnal syukur seperti saya, untuk hias jurnal, tak perlu banyak. Cukup yang simple-simple je. Dan jika anda ingin jurnal yang dah siap ada ruang untuk menulis, mewarna ada doa, ada aktiviti lain yang melibatkan diri, sticker washi bagai, anda boleh cuba dapatkan jurnal Pelengkap Kegembiraan di web ekspresisyukur. Dalam jurnal syukur ni, semua perkara asas dah ada. Anda hanya perlu ceriakan lagi dengan design yang simple. Jika anda bertuah, ada starter journaling kits lagi mereka hadiahkan percuma.
Ingat, jurnal yang cantik bukan semestinya jurnal yang sempurna. Jurnal yang benar-benar hidup ialah jurnal yang mempunyai cerita, perasaan dan sentuhan diri kita sendiri. Jadi, tak perlu risau jika tak pandai melukis.


