5 Sebab Bunyi Kertas Bantu Berikan Ketenangan Kepada Hati dan Rasa Happy

Pernah tak anda rasa seronok apabila mendengar bunyi helaian buku dibuka, bunyi pen bergerak di atas kertas atau bunyi crinkle apabila kita menyentuh kertas pembalut hadiah? Bunyinya mungkin biasa sahaja. Tetapi bagi sesetengah orang, bunyi kecil ini seperti bunyi kertas boleh buat hati rasa tenang, selesa dan happy.

Menariknya, dalam dunia yang semakin dipenuhi skrin telefon, komputer dan notifikasi digital, aktiviti mudah seperti menyelak helaian buku atau menulis menggunakan pen masih mempunyai daya tarikannya tersendiri. Mengapa perkara sekecil bunyi kertas boleh membuatkan kita rasa lebih happy?

Bunyi kertas memberikan pengalaman deria yang menyenangkan

Apabila kita membuka buku, menyelak halaman atau menulis menggunakan pen, kita bukan sekadar melihat. Kita juga mendengar dan merasai sentuhan kertas. Gabungan pengalaman ini melibatkan beberapa deria:

  • Pendengaran: Bunyi helaian kertas yang diselak atau digesek.

  • Sentuhan: Tekstur kertas yang licin, kasar atau sedikit beralun.
  • Penglihatan: Warna, corak dan susunan tulisan pada halaman.

Gabungan rangsangan deria ini boleh memberikan pengalaman yang menyenangkan dan membantu kita lebih fokus kepada aktiviti yang sedang dilakukan.

Membantu kita memperlahankan kehidupan

Kita hidup dalam dunia yang sangat pantas. Bangun tidur, periksa telefon. Dalam perjalanan ke tempat kerja, melihat media sosial. Ketika berehat, tangan masih sibuk menatap skrin telefon. Tanpa disedari, minda kita menerima terlalu banyak rangsangan.

Aktiviti seperti membuka buku, menyusun sticker, menampal washi tape atau menulis dalam jurnal memerlukan kita memperlahankan pergerakan. Kita mula menikmati proses kecil yang sebelum ini mungkin dianggap tidak penting. Inilah antara sebab mengapa journaling boleh menjadi aktiviti slow living yang menyeronokkan.

Mengingatkan kita kepada kenangan indah

Bunyi kertas juga boleh mengingatkan kita kepada pengalaman atau kenangan lama.

Contohnya seperti bunyi membuka buku cerita ketika zaman kanak-kanak, bunyi membungkus hadiah untuk mak ayah, bunyi ketika buka surat daripada tunang atau kawan, bunyi menyelak buku nota ketika zaman persekolahan atau bunyi menulis menggunakan pen atas buku latihan.

Kadangkala, bunyi yang sederhana boleh mencetuskan kenangan yang menggembirakan. Dan pengalaman ini berkait rapat dengan memori autobiografi kita, iaitu ingatan tentang pengalaman dan peristiwa lampau yang pernah dilalui satu waktu dulu.

Memberikan kepuasan apabila melakukan sesuatu dengan tangan

Pernah rasa puas apabila berjaya menyiapkan satu halaman jurnal?

Daripada memilih warna pen, menyusun sticker, memotong kertas kecil hinggalah menulis beberapa baris ayat, setiap proses memberikan pengalaman yang tersendiri. Aktiviti menggunakan tangan seperti ini boleh membantu kita memberikan perhatian kepada satu perkara pada satu masa. Ia juga boleh menjadi aktiviti kreatif yang menyeronokkan selepas seharian bekerja atau ketika stres.

Bagaimana menjadikan bunyi kertas sebagai aktiviti happy?

Anda tidak perlu membeli banyak peralatan untuk menikmatinya. Cuba lima aktiviti mudah ini:

  1. Selak buku kegemaran: Luangkan 5 minit membaca beberapa halaman.

  2. Cuba journaling: Tulis tiga perkara yang anda syukuri hari ini.

  3. Gunakan washi tape: Hias sedikit halaman jurnal mengikut kreativiti sendiri.

  4. Buat kolaj kenangan: Tampal gambar, tiket wayang, flyers atau cebisan kertas yang mempunyai nilai sentimental.

  5. Tulis kepada diri sendiri: Gunakan pen dan kertas untuk mencatat harapan serta perkara yang ingin dicapai.

Bahagia Kadangkala Hadir Melalui Perkara Kecil

Kita selalu mencari kebahagiaan melalui perkara besar. Percutian, membeli-belah, makan di restoran menarik atau mendapatkan sesuatu yang sudah lama diimpikan. Tetapi sebenarnya, ada juga kegembiraan yang hadir melalui pengalaman kecil.

Bunyi helaian kertas, bau buku baharu, sentuhan pen dan kepuasan melihat tulisan sendiri memenuhi halaman jurnal. Jadi, apabila anda mempunyai sedikit masa lapang, cubalah jauhkan telefon seketika. Ambil sebuah buku, sebatang pen dan mulakan sesuatu yang menggembirakan. Mungkin kebahagiaan yang kita cari selama ini bukan sesuatu yang besar. Mungkin ia hanya tersembunyi dalam perkara kecil yang kita jarang berikan perhatian iaitu bunyi kertas yang bantu hati rasa tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *