
Pemikiran tradisional adalah musuh nombir satu untuk kita berubah. Pemikiran seperti ini membekukan akal, menghalang kemajuan dan menyukarkan kita membangunkan kreativiti.
Dalam buku The Magic of Thinking Big, digariskan tiga cara bagi mengatasi pemikiran tradisional ini. Anda boleh praktikkannya jika mahu terus bersaing dan kehadapan dalam hidup.
A. Berfikiran terbuka pada idea – Sambut idea baru. Hapuskan fikiran yang menimbulkan rasa tidak menyenangkan seperti, ‘Tidak boleh berjaya’, ‘Tidak boleh dilakukan’ dan ‘Idea bodoh’. Salah seorang rakan saya yang memegang jawatan tinggi di sebuat syarikat insurans pernah berkata, “Saya sedar yang saya tidak pandai dalam industri ini. Tetapi saya fikir saya adalah orang yang paling baik dalam industri ini. Hal ini kerana saya sentiasa mencari idea-idea baru.”
B. Beranikan diri bagi mencuba – Ubah rutin kita dan cuba benda baru. Misalnya, makan di restoran baru, baca buku baru, kenali kawan baru, bercuti di tempat baru atau lakukan aktiviti untuk isi waktu hujung minggu. Pengetahuan yang lebih luas ini dapat membantu kita bagi melakukan tanggungjawab yang lebih besar.
C. Jadi seorang yang progresif – Jadilah orang yang sentiasa mencari cara bagi menambahbaikkan keadaan, cara bekerja, keberkesanan dan sebagainya. Perkara baik yang dilakukan pada masa lalu tidak semestinya relevan dengan keadaan dan perkembangan masa kini. Bayangkan sekiranya For Motor mengumumkan kepada semua pekerjanya, “Pada tahun ini, kita sudahpun berjaya membuat kekreta yang terbaik di dunia. Sudah tiada sebarang penambahbaikan yang dapat dilakukan. Dengan demikian, segala aktiviti kejuruteraan dan reka bentuk dihentikan dengan serta-merta.” Sekiranya begini sikapnya, maka Ford sudah tentu bankrap dalam masa singkat.

Jangan cepat selesa dengan apa dimiliki. Berusaha untuk tambah baik dan tambah ilmu.
Mereka yang berjaya sentiasa bertanya, “Bagaimanakah saya dapat meningkatkan kualiti prestasi saya? Bagaimanakah saya dapat lakukan yang lebih baik?”
Berikut adalah latihan harian yang dapat membantu kita menemukan dan membangunkan sikap ‘saya mampu melakukannya dengan lebih baik.’ Setiap hari sebelum memulakan kerja, luang 10 minit bagi merenung soalan ini, “Apakah yang saya dapat lakukan bagi menambah baikkan prestasi kerja saya pada hari ini?” Soalan-soalan yang dapat ditanyakan kepada diri sendiri adalah:
- Apakah yang saya dapat lakukan bagu memotivasikan para pekerja saya pada hari ini?
- Apakah yang dapat saya lakukan bagi menambah baikkan khidmat pelanggan saya?
- Apakah yang dapat saya lakukan bagi menambah baikkan kecekapan saya?
Latihan ini nampak mudah tetapi percayalah yang ia berkesan. Cuba dan lihat hasilnya.
Apabila kita peprcaya yang kita boleh lakukan lebih daripada itu, maka minda kita pasti memikirkan dan menunjukkan jalan keluar.
Untuk anda yang ingin cuba menaikkan kembali semangat diri, menyemarakkan rasa ingin mencuba dan berusaha ke aras perlaksanaan baru, saya sangat sarankan anda membaca buku The Magic of Thinking Big. Karya yang terjual lebih 4 juta naskhah ni Amerika ini sangatlah membantu mereka yang ingin menggunkan kapasiti pemikiran dan kekuatan yang diberikan Allah untuk mencapai impian dan semangat baru.

