7 Waktu sesuai untuk menulis, melukis atau mendekorasi jurnal

Tidak ada satu waktu yang “paling betul” untuk menulis, melukis atau menghias jurnal. Masa terbaik ialah waktu yang paling mudah kita berasa konsisten. Namun, berdasarkan amalan ramai pengamal journaling dan psikologi tabiat juga pengalaman sendiri, berikut ialah 7 waktu yang sesuai untuk menulis, menghias atau melukis jurnal sendiri. Setiap orang ada waktu yang dia sendiri rasa selesa tapi jika anda pemula, ini waktu-waktunya yang membantu.

1. 🌅 Pada waktu pagi

Minda masih segar dan tenang. Sesuai untuk menetapkan niat hari ini, menulis rasa syukur atau merancang aktiviti harian. Ambil masa sebentar sebelum memulakan kerja.

Apa yang boleh dibuat:

  • Menulis jurnal syukur
  • Melukis doodle ringkas
  • Menghias halaman dengan tema hari itu (lekat sticker paling ringkas)

2. 🌙 Sebelum tidur

Inilah waktu paling popular untuk berjurnal kerana kita boleh mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang hari. Jika tak berapa ingat, boleh lihat gambar-gambar di telefon yang diambil hari ni. Lebih mudah menulis bila melihat apa yang diambil dan dikongsikan hari itu dengan rakan atau family.

Apa yang boleh dibuat:

  • Menulis pengalaman hari ini
  • Menilai emosi
  • Menulis perkara yang dipelajari
  • Menghias jurnal secara santai
  • Tulis perkara-perkara positif yang menyenangkan
  • Tulis sangka baik pada Tuhan jika emosi pada hari itu tak berapa best

3. 😊 Ketika berasa gembira

Emosi positif sering mencetuskan kreativiti. Ramai suka menghias jurnal apabila hati sedang berbunga dan mood gembira.

Apa yang boleh dibuat:

  • Tampal gambar, sticker, washi tape atau tiket
  • Lukis bunga, corak, doodle atau ilustrasi
  • Menulis kenangan yang ingin diingati
  • Menulis perkara yang buat happy hari itu
  • Gunting, tampal dan ‘punch’ corak yang disukai

4. 😔 Ketika berasa sedih atau tertekan

Jurnal boleh menjadi ruang yang selamat untuk meluahkan perasaan tanpa perlu menyimpannya sendiri. Pasti ada kebaikan atau hikmah pada hari kita berasa sedih tu. Allah beri sebab Dia tahu kita mampu hadapi.

Apa yang boleh dibuat:

  • Menulis apa yang dirasai
  • Melukis warna atau bentuk yang menggambarkan emosi
  • Menulis doa atau kata-kata semangat
  • Menulis mutiara kata penguat semangat
  • Menulis sangka baik pada Tuhan

5. 😌 Ketika ingin berehat atau “me time”

Selepas penat bekerja atau mengurus keluarga, berjurnal boleh menjadi aktiviti yang menenangkan. Ia tempat untuk diri sendiri bertenang selepas selesaikan urusan orang lain.

Apa yang boleh dibuat:

  • Menghias halaman dengan washi tape dan pelekat
  • Mewarna
  • Menulis beberapa baris tanpa tekanan
  • Ambil masa hanya 5 – 10 minit

6. ✈️ Ketika bercuti atau selepas menghadiri sesuatu acara

Setiap perjalanan atau pengalaman istimewa lebih bermakna apabila direkodkan sebelum kenangan itu pudar. Ingatan kita masih kuat pada waktu hari kejadian. Jadi, jika tak keberatan, bawa sekali jurnal bila kita travel.

Apa yang boleh dibuat:

  • Tampal tiket, resit atau poskad
  • Lukis pemandangan
  • Catat perkara menarik yang dialami
  • Tulis kenangan manis di tempat tersebut
  • Tulis ilmu yang dipelajari hari itu di tempat baru

7. 🎉 Ketika menyambut detik penting

Contohnya hari lahir, ulang tahun perkahwinan, graduasi, hari pertama bekerja atau permulaan tahun baharu. Kita akan lebih bersangat untuk menulis pada hari-hari istimewa ni. macam-macam idea akan keluar.

Apa yang boleh dibuat:

  • Menulis harapan dan impian
  • Merakam pencapaian
  • Menghias halaman sebagai kenangan istimewa
  • Dekorasi dengan lebih ceria banding hari biasa
  • Letak gambar atau kenangan pada hari itu (jika ada)

Tidak perlu tunggu “mood” untuk berjurnal. Anda boleh menulis atau melukis jurnal ketika:

  • 🌅 Pagi
  • 🌙 Sebelum tidur
  • 😊 Apabila gembira
  • 😔 Apabila sedih atau tertekan
  • 😌 Ketika ingin berehat (me time)
  • ✈️ Semasa atau selepas bercuti dan menghadiri acara
  • 🎉 Ketika menyambut detik-detik penting dalam hidup

Hakikatnya, setiap emosi dan setiap detik mempunyai cerita yang layak dirakam. Sama ada dengan tulisan, lukisan, mewarna, kolaj atau hiasan, jurnal menjadi tempat menyimpan memori, mengurus emosi dan meraikan perjalanan hidup kita. Pilihlah dari salah satu waktu yang sesuai untuk menulis jurnal ini. Ia waktu ‘me’ anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *