Jenis-Jenis Kertas untuk Menulis dan Menjurnal: Memilih Kertas yang Menjadikan Setiap Catatan Lebih Bermakna

Pernahkah anda menulis jurnal tapi berasa seperti tak best bila apa yang ditulis nampak tembus ke belakang bayang-bayangnya. Itu belum lagi jika kita gunakan pen yang berdakwat gel. Habis terus warna dia kacau tulisan di muka surat sebelah. Pemilihan kertas sangat penting bila menjurnal (tak kira menulis atau buat junk journal) kerana ia mempengaruhi pengalaman menulis dan merekod kenangan. Kertas yang terlalu nipis boleh menyebabkan dakwat tembus ke halaman belakang, manakala kertas yang terlalu tebal pula boleh menjadikan jurnal lebih berat dan sukar dibuka. Itu belum lagi jika kita mula hendak mewarna, takut berkedut mukasurat tu dan nampak tak elok. Jadinya, kertas yang bagaimana sesuai?

Berikut ialah beberapa jenis kertas yang sering digunakan dalam dunia penulisan dan journaling. Bila anda sudah mula menulis, anda akan tahu kertas mana yang selesa dan kena dengan jiwa.

1. Kertas simili: Pilihan yang paling biasa

Kertas simili merupakan jenis kertas yang paling banyak digunakan dalam buku nota dan jurnal harian. Kertas ini biasanya mempunyai ketebalan antara 70 hingga 100 gsm. Kertas simili sesuai digunakan bersama pen bola dan pensel. Selain itu, permukaannya yang licin menjadikan pengalaman menulis lebih selesa.

Walau bagaimanapun, kertas yang terlalu nipis, seperti 70 gsm, mungkin kurang sesuai jika anda gemar menggunakan pen gel atau pen penyerlah (highlighter) kerana dakwat lebih mudah menembusi halaman. Jenis kertas ini selalunya kita dapat jumpa bila hendak photostat kerja.

2. Kertas bebas asid (acid-free) dan woodfree: Tahan lebih lama

Kertas bebas asid semakin popular dalam penghasilan jurnal premium. Kertas ini direka untuk mengurangkan perubahan warna dan kerosakan yang biasanya berlaku selepas beberapa tahun. Jika anda gemar menyimpan jurnal sebagai koleksi kenangan, kertas bebas asid dan woodfree ini merupakan pilihan yang sangat baik.

Ketebalan yang disyorkan ialah antara 80 hingga 120 gsm. Tulisan akan kekal lebih jelas walaupun disimpan dalam tempoh yang panjang. Bila menulis atau melakar, warna tidak tembus ke belakang dengan mudah.

3. Kertas krim: Lebih lembut pada mata

Rasanya anda akan perasan perbezaan warna putih dan krim ni. Sejak beberapa tahun ini, kertas berwarna seperti krim atau coklat ini mula mendapat tempat di kalangan pencetak dan penulis. Ada bebebrapa pengamal jurnal memilih kertas berwarna krim berbanding kertas putih. Mengapa?

Kertas krim membantu mengurangkan silau, terutama ketika membaca atau menulis dalam tempoh yang lama. Warna yang lebih lembut juga memberikan suasana yang lebih tenang dan santai. Bagi individu yang menulis jurnal sebelum tidur, kertas berwarna krim mungkin dapat memberikan pengalaman yang lebih menenangkan.

4. Kertas premium: Sesuai untuk pen berwarna

Kertas premium biasanya mempunyai ketebalan antara 100 hingga 120 gsm. Anda boleh rasa tebalnya kertas ini ketika anda memegang kertas blok lukisan yang digunakan ketika belajar di kelas melukis dahulu. Kertas jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar menggunakan pen berwarna, pen gel, pen kaligrafi dan pen penyerlah (highlighter).

Selain itu, halaman yang lebih tebal membolehkan pengguna menulis pada kedua-dua belah muka surat tanpa perlu risau tentang kesan dakwat yang tembus atau bayang-bayang tulisan di muka surat sebelah.

5. Kertas lukisan dan kertas cat air: Pilihan untuk jurnal kreatif

Ada individu yang menjadikan jurnal sebagai medium seni. Mereka bukan sahaja menulis, malah turut melukis, mewarna dan menghias halaman jurnal. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, kertas lukisan dengan ketebalan 120 hingga 160 gsm lebih sesuai digunakan.

Bagi mereka yang gemar menggunakan cat air, kertas dengan ketebalan 200 gsm ke atas merupakan pilihan yang terbaik kerana ia lebih tahan terhadap kelembapan. Kertas ini nampak tebal tapi jika anda memang suka mewarna dan bermain dengan cat, ia sangat sesuai.

Jenis-jenis kertas yang boleh didapati di luar sana.

Memahami ketebalan kertas melalui ukuran gsm

GSM ialah singkatan bagi gram per square meter. Ia digunakan untuk mengukur ketebalan dan berat kertas. Secara umumnya:

  • 70 gsm: Nipis.
  • 80 gsm: Ketebalan standard.
  • 100 gsm: Sederhana tebal.
  • 120 gsm: Tebal.
  • 200 gsm ke atas: Sangat tebal.

Semakin tinggi nilai gsm, semakin tebal dan kukuh kertas tersebut untuk aktiviti yang anda mahu lakukan.

Apakah kertas yang paling sesuai untuk journaling?

Jawapannya bergantung pada cara anda menggunakan jurnal. Jika anda hanya menulis menggunakan pen biasa, kertas 80 hingga 90 gsm sudah mencukupi. Namun, jika anda gemar menghias jurnal menggunakan pelekat, pita washi dan pen berwarna, kertas 100 hingga 120 gsm lebih sesuai.

Sebenarnya, pengalaman menjurnal bukan hanya bergantung pada apa yang ditulis. Cara pen bila menulis di atas kertas, tekstur halaman yang dirasai dengan hujung jari, mudah diselak muka surat seterusnya dan keselesaan ketika membuka setiap helaian juga mempengaruhi emosi seseorang. Kadangkala, kertas yang tepat mampu menjadikan aktiviti menulis selama lima minit terasa seperti satu terapi yang menenangkan.

Untuk anda yang ingin menulis kenangan dengan selesa, merekod perkara yang menggembirakan, suka bermain dengan warna dan menggunakan pelbagai jenis pen, anda boleh cuba dapatkan jurnal kesyukuran Ekspresi Syukur. Jenis kertas yang digunakan adalah 157gsm heavyweight drawing paper. Kertas yangmemastikan penulis merasa sangat selesa ketika menulis. Bukan itu sahaja, setiap helaian kertas dalamnya juga menggunakan kertas simili 100gsm. Jadi, anda tak perlu risau dakwat pen tembus ke muka surat sebelah. Jika anda ingin memastikan kesahihannya dan berbaloi bila menjurnal, anda boleh dapatkannya di web Ekspresi Syukur. Terdapat beberapa pakej menarik yang membantu anda bila mula hendak menjurnal atau menghadiahkan set jurnal pada keluarga atau rakan.

Kertas yang baik bukan sekadar cantik. Ia boleh menjadikan proses menjurnal lebih menyeronokkan, lebih menenangkan dan membuatkan seseorang lebih cenderung untuk menulis setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *