Setiap hari, kita kena cakap atau ingatkan diri untuk sentiasa berkata positif pada diri sendiri. Ia tanda kita bersyukur pada kurniaan Allah dan juga penting untuk kesihatan mental kita. Bercakap ‘benda’ positif pada diri sendiri atau orang panggil selftalk ini perlu kerana ia merangsang otak menjadi aktif, menguatkan semangat diri, bersangka baik pada Allah, bersyukur dan sentiasa cuba menghargai. Orang yang suka selftalk pada diri sendiri ini sebenarnya sedang membina karektor diri yang positif, bersemangat, memperbaiki tahap keyakinan diri, meningkatkan motivasi diri, bagus untuk keseimbangan hidup, mengelak dari berfikir negatif dan membantu mencapai matlamat yang diimpikan.

Di sini kami kongsikan 25 kata-kata positif yang anda perlu amalkan jika boleh untuk kesihatan mental, emosi dan menaikkan semangat diri. Bukan itu sahaja, kata-kata positif ini antara cara kita meluahkan rasa bersyukur atas apa yang dimiliki.
-
“Terima kasih ya Allah kerana aku masih hidup lagi hari ini.”
-
“Aku bersyukur atas tubuh badan yang sihat ini.”
-
“Alhamdulillah, aku masih ada rezeki untuk dinikmati hari ini.”
-
“Aku dihargai keluarga dan teman meskipun ada kekurangan dalam diri.”
-
“Aku bersyukur pada mata yang boleh melihat keindahan alam.”
-
“Aku bersyukur dapat mendengar perbualan atau bunyi tanpa perlu alat pendengaran.”
-
“Aku bersyukur masih mampu belajar dan berkembang.”
-
“Alhamdulillah kaki dapat berjalan tanpa perlu tongkat atau pertolongan orang.”
-
“Hari ini aku pilih untuk melihat yang baik-baik sahaja dalam hidup.”
-
“Aku bersyukur kerana berpeluang untuk mengaji, solat dan berkongsi ilmu.”
-
“Setiap hari adalah peluang baru untuk bermula semula.”
-
“Aku bersyukur atas udara yang aku hirup.”
-
“Aku bersyukur akan nikmat keamanan yang dimiliki.”
-
“Syukur kerana aku dikurniakan pegangan agama sejak lahir lagi.”
-
“Aku perlu menghargai setiap detik ketenangan yang dimiliki.”
-
“Aku bersyukur walaupun hari ini tidak sempurna kerana ada pelajaran yang Allah mahu aku pelajari.”
-
“Aku sedang belajar mencintai hidup ini dan bersangka baik kepada Allah.”
-
“Alhamdulillah atas makanan, tempat tinggal dan pakaian yang dimiliki.”
-
“Syukur dikurniakan pasangan yang baik dan banyak membantu memudahkan urusan rumahtangga.”
-
“Ingat! Setiap apa yang berlaku telah tertulis di Luh Mahfuz.”
-
“Aku bersyukur kerana masih diberi masa untuk memperbaiki diri.”
-
“Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk — bukan hanya wang.”
-
“Aku ada kelebihan tersendiri kurniaan Allah yang mampu kuatkan diri untuk tidak patah semangat.”
-
“Selagi bernyawa, selagi itu kita ada peluang untuk perbaiki diri dan hidup.”
-
“Aku tidak sesempurna mana tapi aku ada Allah, tempat untuk meminta bantuan.”
Mengucapkan kata-kata positif pada diri sebenarnya membenarkan diri untuk merasai dan menikmati energi positif yang penting untuk tubuh badan dan minda. Kata-kata positif ini seperti baja yang perlu ditanam dan disirami agar dapat menumbuhkan akar diri yang kuat, sayangi diri, tidak mudah jemu untuk bersyukur dan membangunkan rasa percaya diri untuk tidak mudah putus asa dalam apa jua yang diinginkan. Rasa percaya diri akan membantu dan mendorong kita untuk berani menghadapi hidup yang serba mencabar dan tak terduga ini.
Asas untuk menulis kata-kata positif dan rasa bersyukur ini boleh anda mulakan dengan menulis di dalam jurnal kesyukuran. Untuk lebih mudah, anda boleh dapatkan jurnal kesyukuran di Ekspresi Syukur. Terdapat set jurnal asas dan set istimewa buat anda menghargai hidup ini.

