10 barang asas yang penting perlu ada bila pertama kali handle orang tua bedridden, baru lepas operation & kena pakai tiub kencing. Ini pengalaman saya & adik bila handle mama hari-hari awal masuk hospital dan mama jadi bedridden patient (dia boleh lagi duduk bila tegakkan katil). Mama pakai tiub oksigen, pakai tiub air kencing, kena suntik kat tangan air garam & antibiotik. Jadinya, memang doktor dan jururawat tak bagi dia pi ke tandas. Nanti apa-apa terjadi, orang tak perasan.
Barang-barang ini semua insyaAllah ada di farmasi. Cuma kalau takde pun mungkin botol spray air, febreeze dan minyak urut. Ada jual farmasi yang jual online, anda boleh dapatkan di sana juga jika stok takde di farmasi terdekat anda. Ini senarai 10 barang asas penting untuk pesakit bedridden yang membantu memudahkan urusan anda. Jika ada nak tambah lagi, sila sharekan. Mungkin boleh bantu orang lain juga.
1. Lampin dewasa (pilih jenis yang boleh lekat kiri kanan dan bukan seluar). Pilih lampin bersesuaian dengan saiz pesakit, L, XL. Jika pesakit anda anda memakai tiub kencing atau bedridden, disarankan menggunakan lampin dewasa yang jenis ada tape kiri dan kanan. Yang ni boleh ikut kesesuaian saiz pesakit. Jika pesakit yang dijaga punya tenaga dan mungkin ada masalah mengawal air kecil dan besar, mereka boleh guna lampin jenis seluar (pants). Mama kalau jumpa doktor atau tidur malam, dia akan pakai yang pants. Jika dia sakit teruk atau terlantar, kami pakaikan yang biasa.

2. Tisu basah besar (kat farmasi ada jenis begini). Tisu ni sangat membantu untuk kegunaan orang dewasa. Jika di kedai-kedai biasa, saiznya kecil, standard. Wet tissue adult ni sesuai untuk permukaan badan orang dewasa berbanding kita beli saiz kecil yang untuk lap tangan tu. Wet tissue dewasa ni bukan setakat boleh lap area bahagian sulit untuk mencuci tapi ia jenis boleh digunakan untuk lap badan pesakit yang terlantar baru lepas operation. Bukan apa, kita nak bagi mereka segar dan pada masa yang sama minimumkan pergerakan yang tak sepatutnya.

3. Tisu gulung besar (yang telap air yg selalu guna di dapur tu). Boleh aje guna tisu tandas biasa cuma nak kena gulung banyak kali. Yang besar ni lebih besar ‘cover‘ kawasan nak dibersihkan. Tisu besar ni membantu juga bila kita spraykan belakang badan pesakit dengan air (nak ke bilik air, doktor tak bagikan), dan kemudian lapnya. Jika anda selesa guna tuala, silakan. Takde masalah.
4. Spray berisi air kosong. Spray ni penting untuk bersihkan kawasan kulit yang terkena najis selain guna tisu. Pesakit akan rasa lebih yakin dan bersih. Saya guna juga spray air ini untuk bersihkan belakang badan mama dan rambutnya yang tak boleh di shampoo. Kurang skit rasa pening kepala dan bahang yang dikeluarkan oleh badan. Bila kepala rasa segar, pesakit pun rasa tenang. Takdelah nak tergaru sangat (tapi kalau anda boleh buat ala spa pada orang tersayang kat kepala tu, confirm, lena tidur mereka sambil kita cuci rambut mereka.).

5. Lapik tilam (yang ni penting agar bila kita tukar lampin, lapik yang kotor tu kita tukar sekali. Jaga kebersihan pesakit). Lapik ini penting juga letak di katil rumah sebab di hospital pun mereka ada lapik khas yang boleh kita tukar selalu. Kegunaannya juga di rumah, in case tertembus lampin dengan air najis, at least tak kena direct ke tilam atau comferter.

6. Febreze (ni penting bukan takat untuk kita tapi untuk orang keliling yg terpaksa menghidup bau najis walau proses membersih). Bila suasana berbau wangi dan segar, pesakit dan penjaga juga akan rasa tenang dan kurang stres. Jika anda dapat berikan terapi aroma kepada pesakit, ia sangat bagus. Ia antara cara rawatan holistik yang semua orang suka (siapa tak suka bau wangi kan…)
7. Plastik sampah untuk buang lampin. Jika di hospital ada plastik kuning ni. Jika di rumah, guna ajelah plastik yang sesuai. Plastik ini jika anda menjaga orang dewasa, belilah yang besar sedikit. Takut nanti kalau kecil,, tak muat pula nak letak lampin kotor dalamnya.

8. Minyak urat / urut. Kadang-kadang kaki orang tua rasa cramp atau lenguh sebab terbaring aje, jadi kita sebagai orang yang menjaga dan memberishkan, standby minyak ini. Untuk minyak urut ni, anda boleh bincang dengan pesakit atau ahli keluarga lain minyak jenis apa yang mahu digunakan.

9. Vics atau minyak cap kapak. Confirm 2 benda ni akam diminta orang tua kita bila dia rasa tak sedap badan, selesama, pening kepala (tak boleh nak mandi sebab bertiub bagai kat badan). Kadang-kadang, bau dua benda ini, boleh beri pesakit ketenangan dan kelegaan.
10. Barangan kecil lain seperti sikat, berus gigi dan ubat gigi, bedak, deodorant, losyen dan ketip kuku perlu jika pesakit bedridden ingin rasa lebih selesa, bersih dan ceria. Sediakan juga tisu kotak kecil di sisi meja pesakit. Mungkin ada ketika dia bersin masa kita takde, bolehlah dia gunakannya untuk hembus hingus.

Barang-barang ini kita mungkin pernah dengar bila orang bercerita tentang membersihkan orang tua atau orang yang terlantar. Cuma kali ini, saya bantu anda supaya tak jadi seperti saya bila pertama kali melakukannya. Memang kalut masa tu. Lagi-lagi tak sangka mama akan terlantar akibat sakit perut aje pada awalnya. 10 barang asas penting untuk pesakit yang terlantar ini asas pada saya. Jika pada pesakit yang lebih kritikal atau koma, mungkin lain barang keperluannya. Oh ya, antara farmasi yang saya sarankan untuk anda mudah mendapat barangan penjagaan orang tua dan terlantar ini, boleh ke Farmasi Big. Pada saya, farmasi ini agak lengkap juga barangnya untuk segala keperluan. Even, nak cari ubat cair darah pun ada 2-3 pilihan (bergantung pada bajet pesakit & keluarga).

