Dale Carnegie menggariskan 6 cara hilangkan kebimbangan sebelum ia membinasakan diri dan bukunya, How to stop worrying and start living. Buku ini memang sangat membantu saya untuk perlahan-lahan pulih kembali semangat diri dan banyak membuatkan saya banyak berfikir positif. Dan cara menghilangkan kebimbangan ini ada diceritakan dalam bahagian 3 buku. Saya kongsikan secara asas tentang bagaimana hilang kebimbangan ini.
Terdapat 6 peraturan cara hilangkan kebimbangan mengikut Dale Carnegie yang berkesan:
- Peraturan 1: Minda kita dapat hindari perasaaan bimbang sekiranya kita sentiasa sibuk. Menyibukkan diri adalah terapi terbaik yang pernah dicipta bagi menyembuhkan penyakit wibber gibbers. Menurut Charles Darwin, wibber gibbers ini akan meracuni fikiran kita yang kosong dan melemahkan semangat diri untuk kita bertindak dan membuat keputusan.
- Peraturan 2: Jangan biarkan hal yang remeh-temeh merosakkan kebahagiaan hidup kita.
- Peraturan 3: Gunakan hukum purata bagi menghilangkan kebimbangan kita. Tanya kepada diri sendiri, “Adakah kejadian yang jarang-jarang berlaku itu boleh terjadi?”
- Peraturan 4: Pasrah dengan ketentuan takdir. Sekiranya kita tahu musibah yang melanda kita itu tidak boleh diubah atau ditukar kerana ia diluar kemampuan kita, katakanlah pada diri sendiri, “Apabila sudah ditakdirkan begitu. Begitulah jadinya.”
- Peraturan 5: Tentukan stop-loss pada kebimbangan. Bagi setiap masalah yang menimpa, kita perlu menentukan sendiri takat mana had maksimum kebimbangan yang dapat kita terima. Sekiranya ia melebihi had itu, lupakan sahaja masalah itu.
- Peraturan 6: Usah memikirkan sangat perkara yang sudah lepas. Biarkan ia berlalu pergi. Ingat! apa yang berlaku sebelum itu, ia antara takdir yang telah ditetapkan Allah.
Ingatlah bahawa setiap orang ada melakukan kesilapan dan mengalami kesedihan. Cuma jangan bazirkan air mata dan rasa sedih kita terlalu lama. Diri sendiri yang akan merana jika tidak disekat. Sekuat mana pun kita, kita tetap tidak mampu mengembalikan masa lampau dan memperbaikinya. Apa yang boleh kita lakukan adalah meneruskan hidup dengan seadanya dan sentiasa mengingati peraturan ke-6 iaitu, usah difikirkan parkara yang sudah lepas. Jika kita betul-betul dapat praktikkan 6 cara hilangkan kebimbangan ini, kita dapat menjauhkan kebinasaan diri dari makin tewas.