Doa Rasulullah s.a.w saat kebimbangan ini diriwayatkan oleh At- Tirmizi dari Anas bin Malik. Ini doanya yang anda boleh amalkan bila rasa risau dan takut.
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: Wahai yang Maha Hidup, yang Terus Menerus Mengurus, (maka) dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan.
Allah mempunyai nama-nama yang sempurna yang membawa maksud yang sangat luas maka dalam doa ini, kita menggunakan dua nama Allah dalam 99 nama yang ada iaitu Ya Haiyum dan Ya Qayyum.