Manusia, bila dah sayang seseorang tak semua perkara kita perlu ikut dan benarkan. Ada waktu bila sayang, ia seperti membutakan hati dan mata atas banyak perkara yang kita tahu salah. Ini antara sebab yang anda perlu elakkan bila sukar untuk buat keputusan bila melibatkan orang yang kita sayang tak kira keluarga, rakan mahupun sesiapa sahaja.
- Jiwa kita yang akan terbeban sendiri dengan perilaku atau perbuatan yang memang kita tahu salah.
- Kita pada masa hadapan, akan mula memberontak, tunjuk perangai tidak baik dan suka menyalahkan sesiapa sahaja asalkan ada orang yang boleh dipersalahkan (kita akan rasa kita yang betul sahaja).
- Kita akan merana dalam diri sendirian. Kita mungkin boleh tunjukkan kegembiraan pada orang luar tapi sebenarnya hati sendiri sedang terbeban.
- Minda kita tidak sedia untuk menerima sebarang perubahan yang drastik. Bila orang yang kita sayang terutamanya keluarga menyuruh kita buat itu dan ini yang tak kena dengan jiwa dan hati kita, kita akan rasa tertekan dan akan selalu kemurungan.
- Dari sini juga, emosi kita tak akan sepenuh hati akan buat apa yang dipaksa, disuruh dan dipertanggungjawabkan. Kita mungkin rasa benci pada perkara tersebut cuma untuk menyatakan tidak, emosi tak sedia menerima ucapan tidak.
- Kita akan menangis sendirian sebab tak mahu merasa diri menjadi beban kepada orang lain bila berterus terang.
- Kita tahu setakat mana kemampuan diri sendiri bila berhadapan dengan perkara yang tidak disukai dan tiada ilmu tentangnya. Kita berusaha untuk menjaga diri, mental, emosi dan kelakuan kita dari menunjukkan reaksi yang buruk.
Ada waktu, kita perlu menyatakan NO. Yang berhadapan dengan masalah, tanggungjawab, perasaan tak suka adalah kita dan bukan orang lain. Jadi, kita perlu ingat bahawa, bila sayang tak semua perkara kita perlu ikut dan benarkan. Apapun, jika boleh, minta Allah ‘guide’ urusan kita di dunia yang mencabar ini.