10 Kata-kata semangat buat diri bila ‘stuck’ dengan rasa takut, risau dan sedih

Kata-kata semangat buat diri bila ‘stuck’ dalam perasaan tidak tenteram dan ketakutan amat diperlukan. Ini kerana kata-kata ini seolah-olah antidot untuk diri yang memerlukan. Kita sendiri tahu diri ini sedang ‘stuck’ bila mana hati tidak tenteram dan untuk kita teruskan hidup seakan sukar.

Jadinya, dengan kata-kata semangat ini diharap anda bangkit. Berusaha melawan nafsu dan perasaan negatif yang cuba menjajah diri, menjadikan anda seorang yang lemah.

 

  1. Kegembiraan dan kesedihan adalah tetamu dan hati adalah rumahnya, tetapi jangan sampai salah satu dari mereka menjadi pemilik rumah (Imam Al-Ghazali)
  2. Jangan membenci musibah yang menimpa dirimu kerana apa yang kamu benci mungkin menjadi penyebab kepada penyelesaian masalah bagimu dan apa yang kamu sukai mungkin menjadi penyebab kehancuranmu (Hasan al-Bashri).
  3. Panik adalah separuh penyakit, tenang adalah separuh ubatnya dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan (Ibnu Sina).
  4. People are capable at any time in their lives of doing what they dream of (Paulo Coelho)
  5. Nabi s.a.w berpesan kepada Ibnu Abbas, “Wahai anakku! Aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu (Riwayat Tirmizi).
  6. Instead of worrying about what you cannot control, shift your energy to what you can create (Roy T. Bannett).
  7. Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa sahaja manis, hati akan menjadi bosan (HAMKA).
  8. Masa lalu adalah pelajaran, masa kini adalah kesempatan dan masa hadapan adalah harapan (Imam al-Ghazali).
  9. Ketika Allah memberi ujian kepadamu, itu tidak bermaksud untuk menghancurkanmu. Saat Dia menghapuskan sesuatu yang menjadi milikmu, ia bagi mengosongkan tanganmu untuk menerima pemberian yang lebih besar (Ibu Qayyim al-Jauziyah).
  10. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose (Steve Jobs).

Do sebalik setiap perasaan takut, risau dan sedih, terdapat peluang untuk bangkit dan menguatkan diri. Ingatlah, setiap kesulitan yang datang membawa hikmah tersembunyi yang akan kita ketahui kemudiannya. Apa yang kita perlukan ialah keberanian untuk terus melangkah dan jadikan kata-kata semangat ini sebagai pemangkin untuk bangkit meneruskan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *