Tak kira bagaimana teruknya keadaan minggu lalu, mulakan minggu baru dengan 10 kelebihan ini:
- Letakkan harapan baru. Apa yang berlaku jadikan ia peringatan dan pelajaran.
- Beri perhatian kepada hari-hari yang akan datang.
- Ubah cara kita berfikir.
- Sentiasa beringat dan berwaspada. Jangan terlalu ambil mudah.
- Cabar diri melakukan sesuatu yang menakutkan atau berbeza tetapi jangan terlalu keras pada diri jika tidak berjaya.
- Tetapkan matlamat hala tuju minggu itu.
- Fokus kepada penambahbaikan diri dan juga ilmu.
- Melihat kembali nilai-nilai positif diri bila kita berada dalam situasi lemah atau negatif.
- Berdamai dengan diri sendiri. Bersangka baik dengan Allah bahawa apa Dia berikan ada sebab yang baik.
- Sebarkan kebaikan pada orang sekeliling. Bukan sahaja membuat mereka gembira tetapi juga diri kita secara tak langsung.
Perkara yang berlalu, biarkan berlalu. Kita tidak boleh putar kembali masa ke belakang. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan teruskan hidup dengan lebih baik, lakukan sebaik mungkin usaha, bersyukur dan sangka baik pada Allah. 10 kelebihan memulakan minggu baru ini pasti akan anda lihat perbezaan perlahan-lahan meski bukan drastik.