Setiap orang pasti menghadapi masalah. Tidak kira kecil atau besar. Tapi, yang paling penting, bagaimana kita menanganinya, menyelesaikannya. Di sini, saya kongsikan 4 cara berani dalam hadapi masalah hidup. Cara ini diambil dari buku ‘How to stop worrying and start living’ karya Dale Carnegie.
4 cara berani dalam hadapi masalah hidup:
- Tulis dengan tepat apa yang dibimbangkan – Tulis masalah besar yang sedang memeningkan kepala dan hati kita.
- Tulis apa yang dapat saya lakukan untuk menghadapinya. Senaraikan. – Senarai tiga ke lima paling kurang penyelesaian yang mungkin kita dapat lakukan. Tulis sahaja dulu apa yang terfikir.
- Buat keputusan apa yang perlu dilakukan – Selepas melihat senarai penyelesaian masalah yang dibuat, cuba bayangkan kita mencuba setiap situasi tersebut. Kemudian, pilih yang mana anda rasa paling perlu.
- Laksanakan keputusan dengan serta merta – Setelah memilih penyelesaian mana yang ingin dilakukan, buat terus. Jangan teragak-agak. Dan jangan lupa berdoa moga ia membantu menyelesaikan masalah kita sekaligus meringankan beban emosi.
Pesanan Ibnu Qayyim agar kita kuat dan berusaha melawan ketakutan yang kadang-kadang menyesakkan jiwa dan raga; “Tidak ada sesuatu yang paling disukai oleh syaitan melainkan melihat seorang Mukmin yang berhati murung.”
4 cara berani dalam hadapi masalah ini merupakan ikhtiar kita dalam menyelesaikan kemelut yang mengganggu keharmonian diri, mental dan emosi. Sebaik anda mencuba cara ini, anda akan lihat hasilnya yang memberangsangkan. Cubalah.