Hidup ini mudah. Tapi ramai juga yang menganggap hidup ini ‘keras’. Itupun tidak dinafikan. Masalah, ujian, tekanan datang tak kira waktu. Dan bagaimana kita nak hadapi situasi ini agar hati, emosi, minda kita rasa lapang, Hadapi 10 situasi masalah ini dengan berani.
10 Masalah dengan 10 Penyelesaian.
- Bila rindu = Telefon.
- Bila suka = Nyatakan.
- Hadapi masalah = Tanya dan dapatkan jawapan.
- Jika tak suka = Beritahu. Jangan pendam lama-lama.
- Mahu sesuatu = Usahakan.
- Elakkan salah faham = Belajar. Cari ilmu.
- Benci = Luah kepada Allah.
- Cinta = Buktikan.
- Tenang = Hargai perkara sederhana.
- Syukur = Tunjukkan. Ringankan mulut ucap Alhamdulillah.
Ada waktu, kita perlu lawan ketakutan kita. Ada waktu kita perlu kuat untuk teruskan hidup. Ada waktu, kita ada Allah untuk meluah segalanya dan perlu petunjukNya untuk merancang masa hadapan. Hidup ini mudah jika kita berani menghadapi 10 situasi tadi dengan bergaya dan berjaya. Jika ambil masa, lakukan aje semampu mungkin. Yang penting, selagi bernafas, jangan mengaku kalah tanpa mencuba.