9 pilihan kecil yang membawa rasa bahagia dalam hidup

Bahagia dalam hidup bukanlah sesuatu yang perlu dicari jauh. Kadangkala, ia tersembunyi dalam pilihan kecil yang kita buat setiap hari — perkara yang mudah tetapi memberi ketenangan yang dalam dan hidup rasa lebih bahagia. Rasa bahagia ini tidak perlu datang daripada kemewahan, tetapi daripada kesedaran untuk hadir sepenuhnya dalam momen yang sedang berlaku.

Di sini, kami senaraikan 9 pilihan kecil yang mampu menjemput rasa bahagia dalam hidup dan menerbitkan senyuman tanpa dipaksa. Ada tip pilihan ini kami ambil daripada beberapa artikel yang ada di web lain juga selain daripada pengalaman kami sendiri bila menjemput rasa tenang saat hati resah.

  1. Belajar sayangi diri sendiri – Sayangi dan urus diri kita dengan sebaiknya. Berusaha untuk tidak terjebak kepada perkara-perkara negatif yang menggugat ketenangan diri dan orang lain.
  2. Percaya bahawa bahagia itu adalah pilihan – Kita yang mencorakkan hidup kita itu sama ada mahu gembira, serius, sedih, tersenyum atau apa pun emosi. Kita yang memilih untuk mencipta bahagia atau teruskan dengan kesedihan dan kekesalan dalam diri.
  3. Melakukan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain – Membantu, berkongsi rezeki, meringankan beban, bersedekah, menolong dan meluangkan masa adalah antara cara kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Selalunya, bila kita berjaya meringankan sedikit beban atau membantu orang dalam kesusahan, Allah seperti kurniakan kita hati yang berasa lapang dan bahu yang terasa ringan.
  4. Berfikiran positif – Memiliki pemikiran yang positif dapat membantu memberikan kita kepercayaan terhadap diri sendiri dan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan apa yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, ingin belajar membuat kudapan negara luar walaupun tidak pernah rasa sebelum ini. Jadi, kena yakinkan diri yang kita boleh lakukan jika ikut langkah yang betul di dalam Youtube.
  5. Bersyukur atas apa sahaja perkara kecil yang berlaku dalam hidup – Dapat menikmati nasi lemak yang sedap, dapat menonton filem Zootopia, rumah berbau wangi lepas di mop atau meluangkan masa bersama kawan, itu semua adalah antara perkara kecil yang kita terlepas pandang. Perkara sebegini memberi kita rasa tenang semasa atau selepas melakukannya. Belajar bersyukur walaupun kadang-kala kita tidak sedar perkara sebeginilah yang menyumbang kepada rasa bahagia.
  6. Nikmati setiap detik dalam hidup – Satu-satunya hal paling bahagia adalah waktu sekarang! Jadi, nikmatilah kehidupan anda yang sekarang ini dengan sepuasnya kerana hidup ini sangat indah apabila dikenang kembali. Perkara lepas yang menyakitkan biarkan ia berlalu dan jadikan ia pelajaran dari Allah untuk mematangkan kita. Perkara hadapan yang belum berlaku, kita berdoa agar Allah permudahkannya.
  7. Belajar memaafkan kesilapan kecil – Lepaskan beban yang tidak perlu dan teruskan hari dengan senyuman, kegembiraan dan perkara yang menyeronokkan diri kita. Memaafkan ini tidak mudah tapi jika kita tidak ‘melepaskan’, hati kita yang akan sentiasa berasa ‘sesak’.
  8. Mulakan hari dengan niat yang baik – ia membuka pintu rezeki hati dan menenangkan jiwa. Bila kita merancang untuk berbuat baik atau memanfaatkan apa yang ada dalam diri untuk kebaikan orang lain, insyaAllah akan ada jalan Allah akan tunjukkan (kita sendiri akan dapat rasainya).
  9. Bermimpi besar demi motivasikan diri – Bermimpi besar ini merupakan teknik yang digunakan untuk menggembirakan hati sendiri di mana, secara tidak sedar ia adalah cara memotivasikan diri untuk merealisasikan apa yang diingini. Sebagai contoh, belajar teknik mewarna batu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan. Batu-batu yang cantik dan ditulis dengan kata-kata motivasi ini mampu menyerikan hati pembacanya.

Bila kita mula sedar bahawa kebahagiaan boleh lahir daripada hal-hal sederhana dan kecil ini, kita akan dapati — hidup ini sebenarnya sudah pun indah. Untuk anda mulakan rasa bahagia yang berpanjangan dan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah, anda boleh cuba untuk menulis perkara-perkara yang disyukuri dan dihargai setiap hari. Jika anda tidak pasti bagaimana mahu bermula, anda boleh dapatkan Jurnal Kesyukuran Pelengkap Kegembiraan. Buku jurnal ini memandu anda bukan sahaja menyenaraikan secara ringkas tentang perkara baik yang berlaku dalam hidup tetapi juga disertakan dengan doa, kata-kata motivasi dan tips-tips lain yang membantu anda untuk berusaha mengekalkan momenta bersyukur dan bersangka baik pada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *