Cara mudah halau cemburu lihat orang lain lebih segalanya

Cara mudah halau cemburu melihat kejayaan dan kelebihan dimiliki orang lain sebenarnya mudah jika betul pada gayanya. Ubah jadikan mereka sumber inspirasi untuk kita juga bersemangat, berusaha dan berjaya seperti mereka satu hari nanti. Don’t give up. Dikongsikan berdasarkan pengalaman saya, tiga cara mudah halau cemburu bila lihat kenikmatan dimiliki orang lain.

Jauhi prasangka buruk pada Allah. Setiap apa Allah beri sebenarnya ada hikmah yang baik. Allah ‘mengajar dan mendidik’ kita dengan cara-Nya yang tak semua orang dapat jangka. Sebaiknya, kita banyakkan sabar, istighfar, buat kebaikan dan lakukan apa sahaja yang Allah suka. InsyaAllah, Allah akan bantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya membantu agama-Nya.

Janganlah membazir masa dengan cemburu pada apa yang diperolehi orang lain. Allah ada beri kita kelebihan tersendiri. Jadi, gunakan apa sahaja kemahiran, ilmu dan pengalaman yang kita ada untuk menjadikan ia sesuatu yang hebat dan manfaat untuk orang lain.

Banyakkanlah bersyukur. Jika kita bersyukur, Allah janji Dia akan berikan lebih lagi. Jika anda nak cemburu juga, Nabi s.a.w berpesan cemburu hanya pada perkara ini sahaja:

Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari)

Tip ringkas ini diharapkan dapat membantu anda di luar sana yang tahu akan kekurangan diri sendiri dalam bab ini. Tak dinafikan saya ada juga terselit bab cemburu ini dulu tapi perlahan-lahan Allah didik dan beri pengajaran. Moga tip cara mudah halau cemburu ini dapat meringankan beban emosi anda dan bersangka baik dalam banyak perkara. Jika anda senaraikan kenikmatan anda terima setiap hari, pasti anda tiada masa lagi untukĀ  cemburu kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *