Mendengar muzik, salah satu cabang mengamalkan rasa syukur.

Muzik adalah alat yang berkuasa menukar mood. Mendengar muzik menerbitkan rasa syukur kerana mendengar melodi yang sedap serta menenangkan jiwa yang tertekan. Lirik yang bagus serta penyampaian yang mudah difahami membantu kebanyakan orang untuk terus mendengar. Ia membentuk satu pengalaman yang luar biasa yang tidak dapat disangkal.

Mendengar muzik sebenarnya boleh menjadi salah satu cabang menanam rasa bersyukur dan menghargai. Lagu-lagu nasyid yang berunsur ketuhanan dan mengajak melakukan perkara-perkara baik adalah antara muzik yang dekat di hati orang yang ingin berubah kepada perbuatan yang lebih baik. Muzik nasyid mampu mengajak pendengar untuk sama-sama membesarkan Allah.

Walaupun muzik tidak ‘menyembuhkan’ secara klinikal tetapi mendengar muzik boleh menjadi sebahagian proses penting dalam hidup untuk terus bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan. Ini kerana Allah mengizinkan kita mendengar lagu dan melodi yang baik. Allah mengizinkan kita untuk menghafal beberapa lagu yang bagus kerana liriknya yang memberi semangat, inspirasi dan menenangkan hati. Allah tahu yang hamba-Nya mempunyai pelbagai citarasa dan salah satu cara menaikkan semangat adalah melalui muzik.

Ada banyak lagu bagus di luar sana. Di sini, kami kongsikan beberapa lagu-lagu yang dirasa membantu dalam menginspirasikan diri dan membangkitkan semangat jati diri.

  1. Sketsa kehidupan oleh The Zikr
  2. Iman mutiara oleh Raihan
  3. 25 Rasul oleh Raihan
  4. Mentera semerah padi oleh M. Nasir
  5. It’s my life of Bon Jovi
  6. What a wonderful world oleh Louis Armstrong
  7. Pulang oleh Gnello, Somean dan MK-Clique
  8. Law kana bainana al-habib oleh Mohammed Youssef
  9. Dreamers oleh Jongkook
  10. Fikirkan boleh oleh Metropolitan
  11. Gemuruh oleh Faizal Tahir
  12. Sumayyah oleh Hijjaz

Anda dengar lagu-lagu ini. Anda akan perasan yang ‘mood’ anda akan ada turun naiknya. Lirik yang bagus yang ditulis penulis lirik mampu membuatkan pendengar rasa bersemangat, dekat dengan Allah, ingin berusaha, tidak mudah menyerah kalah dan bersangka baik dalam segala hal. Ya, mendengar muzik adakala mungkin melalaikan tetapi dari satu sudut ia membantu proses dalaman untuk memulihkan ‘luka dalam diri’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *